Monday, 30 April 2012

Ikut saya ar!

A : Awak, boleh saya tanya?
B : Tanya pe wak? boleh je..
A : Em, maafkan saya kalau tersinggung ea.. Lama dah saya nak tanya. Saya tengok awak puasa pada bulan Ramadhan. Sembahyang lima waktu. Tapi kenapa bab-bab aurat awak cam buat longgar sikit? tak ikut syariat?
B : Eh, kamu ni.. ikut saya ar! kamu ni kenapa? selama ni takde pun makbapak saya nak tegur. Setakat jadi roomate saya, kamu dah boleh memandai nak tegur saya? Eh, untuk makluman kau, Tuhan tu Maha Mengetahui, Dia nilai hati kau tahu tak!
A : Sorry awak.. saya nasihat je bukan nak memandai walaupun saya tak pandai. Tapi..
B : Apa tapi-tapi? Tapi-tapi duk tepi ar. Ni yang buat aku hangin ni. Dahlah cuaca panas, kau bikin aku panas pulak!
A : Tapi saya sayang awak. Walaupun baru dua semester kita sebilik. Saya tahu hati awak baik. Saya juga tahu Allah menilai hati. Tapi dah terang lagi bersuluh awak tolak hukum yang ditetapkan oleh Allah. Nampak sangat hati awak dah bulat-bulat taknak ikut bab aurat tu.
B : Ahh, tapi kalau tak ikhlas tak boleh juga. Islam bukan agama paksaan lar weh. Ini kan fesyen. Up to date ar sikit.
A : Betul dah tu awak. Islam bukan agama paksaan. Dia tak paksa orang bukan Islam masuk Islam. Tapi kita dah Islam, kita kena ikut perintahNya. Lagipun yang lain-lain awak dah ikut pe nape pasal aurat taknak ikut? Islam juga agama yang syumul. Keseluruhan. Maknanya, apa yang ditetapkan dalam Islam, kena amik keseluruhan. Mana boleh bab-bab lain awak ikut tapi bab-bab aurat awak taknak ikut. Up to date tu ok, tapi pasal hukum agama mana ada up to date. Hukum tetap hukum. Fesyen la apa-apa pun janji tutup aurat.
B : Aku cakap aku tak ikhlas buat apa aku ikut? Tak dapat pape pun kalau tak ikhlas kan?
A : Yang wajib itu wajib. Ikhlas atau tidak kita kena ikut. Mana tahu ikhlas akan menyusul selepas paksaan? Keikhlasan tu hak Allah. Allah je Yang Maha Mengetahui bagaimana mengira keikhlasan. Ikhlas memaksa diri pun ok wak untuk kewajipan. Lagipun kan wak, melawan nafsu tu jihad paling besar tau. Yang buat awak taknak pakai ikut syariat tu nafsu je. Jom lah berjihad sama-sama.
B : Aku tak mahu jadi hipokrik. Ramai je yang pakai tudung labuh, baju labuh, baju longgar tapi sama je jahat. Hati busuk.
A : Memang awak, saya tak kata semua yang pakai tutup aurat tu baik. Tapi dorang ikut perintah Allah. Yang tak tutup aurat tu kompen-kompen tak ikut perintah Allah. Tadi awak juga yang kata, Allah Maha Mengetahui, menilai hambaNya dengan hati jadi yang pakai tutup aurat Allah nilah dengan hati juga. Yang tak tutup aurat dah kompen tau buat dosa. Tengok luaran pun dah tutup aurat. Dalaman manusia biasa tak tahu. Sebab tu kita kena jaga luaran dan dalaman untuk elak fitnah. Awak kan baik, lagi bagus kalau pakai ikut syariat. Lagi berganda-ganda la baiknya. Apa kena mengena hipokrit pulak? Nak hipokrit dengan sape? Awak tutup aurat tu buat benda wajib apa. Bukan pergi menipu sape-sape.
B : Kau tak payah nak jaga tepi kain aku boleh tak? Kau bukannya baik sangat. Macamlah aku tak tahu.
A : Bukan saja-saja saya nak jaga tepi kain awak. Lau awak sendiri tak perasan yang kain awak tu koyak, saya tolong bagitahu. Sebab saya nasihat awak ni bukan suka-suka, bukan nak tunjuk ilmu saya dah banyak, bukan nak cakap saya ni alim. Saya pun macam awak. Mudah lupa. Sebab tu kita ni manusia digalakkan saling ingat-mengingati. Hari ini awak lupa, esok-esok saya yang lupa, awak boleh ingatkan balik. Lagipun, dalam surah Ali- Imran ayat 104 ada menyebut, maksudnya "dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
B : Kubur masing-masing. Sekarang je kau sebilik dengan aku. Pasni masuk lubang kubur asing-asing.
A : A'a.. kubur masing-masing. Tapi macammana kalau kubur kita bersebelahan? Saya tak sanggup dengar awak kena seksa kubur. Sebab saya sayang awak kerana Allah. Tu baru alam kubur. Kat padang mahsyar nanti kita akan dikumpulkan. Semua manusia berkumpul. Saya tak sanggup nak tengok orang-orang yang saya sayang kat sana pulak dengan macam-macam cara seksaan. Betul-betul saya tak sanggup awak! Awak tahu tak macam mana cara orang yang tidak tutup aurat ni diseksa? Allah dah bagitahu dah. Kenapa kita masih buat lagi. Kita tak yakin dengan hari pembalasan kan? Kita tahu kita akan mati tapi kita kurang yakin dengan hari pembalasan. Seakan-akan ianya hanya hikayat, dongeng, atau kayangan kan? kita bercakap pasal syurga dan neraka tapi kita seperti tidak percaya kita akan ke sana juga kan?
B : Err.. kau ni buat meroman bulu roma aku. Apa cakap pasal menda ni. Aku muda lagi ar. Nanti-nanti aku berubah la.
A : Saya bimbang kita tidak sempat tua je awak. Maut tak kenal usia. Yang sihat pun boleh pergi dulu dari yang sakit. Begitulah juga dengan yang muda-muda ni pun boleh jalan dulu dari yang tua. Ke awak ada jaminan esok milik awak lagi?
B : Err... tak la..aku..er..saya tahu maut tak awal dan tak lewat walau sesaat. Tapi kan, kalau tak pakai camni, tak hot la. Nanti tak da orang lelaki yang ushar-ushar saya. Tak laku ar saya nanti awak. Mak ai, tak sanggup eh aku jadi anak dara tua.
A : Jauh juga awak berfikir. Ligat betul syaitan berbisik. Nak tahu sesuatu?
B : Apa dia?
A : Hot kat duniat rasa cool. Hot kat neraka? merana menanggung siksa. Ramai je yang tutup aurat boleh kahwin. Itu semua jodohla awak. Yakin pada Allah. Semua benda yang terjadi adalah dengan izin Allah. "Kun Fayakun". Lagipun jodoh telah ditetapkan untuk kita semua yang membezakan adalah cepat atau lambat. Awak nak ke lelaki yang hendak kat awak semata-mata sebab awak seksi? bila awak dah tak seksi dia taknak. itu bukan cinta. Kalau kita baik, Allah akan temukan kita dengan sidia yang baik. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Letakkan keyakinan kepada Allah. Dia yang menentukan segalanya. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah. InyaAllah. Yakin padaNya. Redha Allah yang lebih penting awak. Lau awak buat camtu tapi Allah tak redha tak kemana wak. Kita kan mahu ke syurga. Melihat dan merasa indahnya syurga. Semua tu wujud wak.
B : Boleh saya tanya awak sesuatu?
A : Boleh. Apa dia?
B : Betul ke awak sayang saya? Kenapa?
A : Betul sangat. Sayang kerana Allah. Saya hendak kita sama-sama jumpa kat syurga. Walaupun selepas kita masuk kubur asing-asing. InyaAllah. Kan best kalau kita boleh berjumpa pulak dengan orang yang kita sayang kat sana. Macam 'reunion'. Tak terbayang indahnya syurga. Moga kita menjadi ahlinya.
B : Emmm.. InyaAllah. Terima kasih wak.. T teman saya ea.
A : Pergi mana?
B : Jumpa adik yang comel-comel tu, mesti muat baju-baju saya dengan dia. Dia kan baru budak sekolah rendah. Saya nak bagi dia jelah.
A : Alhamdulillah. Berubah lah perlahan-lahan. Nanti awak akan biasa.
B : (Tersenyum )

p/s : Ayuh kawan-kawan kita ambik iktibar. Sama-sama renungkan. Tutup aurat kita. Jangan tunjukkan perhiasan kita kepada yang bukan ajnabi. Ingatlah, yang bertutup itu lebih berharga. Akhir pakaian kita kain kapan juga. Semoga kita dalam kalangan yang beriman. Sebaik-baik perhiasan adalah perempuan yang solehah.
" Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami"

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” Surah an-nur, ayat 31


“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” hadis riwayat Abu Dawud


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" Surah Al-Ahzab, ayat 59


Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” hadis riwayat Muslim.


“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”  Surah al-a'raaf, ayat 26







2 comments:

budak2 baik komen :