Dalam perjalanan sebuah kehidupan sebagai manusia adalah agak mustahil jika dia hanya melalui kisah 'bahagia' atau 'suka' sahaja. Sudah namanya pun kehidupan, jadi macam-macam kisah kita sudah dan akan lalui dalam seharian di atas dunia yang fana ini. Dan kadang-kadang kita akan pernah rasa 'eh, macam pernah jadi je macam ni kat aku'. Dan kadang-kadang juga kita akan rasa seperti sukar nak lalui liku-liku kehidupan ini terutamanya ketika saat-saat yang amat pahit!
Umpama berjalan di jalan yang penuh dengan onak duri. Jika terus berjalan, kesakitan akan dirasai namun bahagia di hadapan, dan jika berundur bererti tewas serta bakal menangis penyesalan untuk selamanya!
Hidup ini kadang-kadang tidak seperti yang kita rancang kerana Allah sudah rancangkan untuk kita. Dan yakinlah perancangan dan ketentuan Allah itu adalah terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.
Semua ini adalah ujian untuk kita. Allah akan hadiahkan syurga buat kita jika kita mampu lalui ujian ini. Inilah 'happy ending' hidup kita yang kita mahu. Saya percaya dan amat yakin sekali semua orang ingin ke syurga. Untuk itu, haruslah kita bersabar dalam menempuh hidup ini walau sesukar mana jalan yang kita akan tempuh. Walau sepahit mana pengalaman yang kita akan lalui. Walaupun berapa kali kita jatuh, kita harus bangun untuk bangkit! untuk mencapai kemenangan. Dan kita amat bertuah, di setiap langkah kita, Allah sentiasa ada dengan kita walaupun kita sering tiada untukNya.
Kita adalah hero/heroin dalam perjalanan hidup kita sendiri. Maka, kitalah yang harus menjadikan 'happy ending' kisah hidup kita. Walau kisah hidup kita tidak seindah cerita novel atau drama, itu semua adalah tidak penting kerana 'ending' adalah lebih penting. Kerana itu destinasi terakhir yang ingin kita tuju. InyaAllah syurga. Maksudnya disini, kita harus berusaha untuk menuju syurga. Moga kita bertemu disana. InyaAllah.
Kita seharusnya ingat, ujian itu penguat jiwa bukan penekan jiwa. Ya, kadang-kadang kita rasa seperti tidak mampu, tapi jika yakin dengan Allah, semuanya akan jadi senang. Letakkan keyakinan kita pada Allah dan hadapi dengan senyuman! Allah tidak akan menganiayai hamba-hambaNya. Jangan ingat ujian yang kita hadapi ini adalah yang paling berat. Jika kita ini rendah, ada lagi yang paling rendah dari kita, jika kita ini tinggi, ada lagi yang lebih tinggi dari kita.
Kita seharusnya ingat, ujian itu penguat jiwa bukan penekan jiwa. Ya, kadang-kadang kita rasa seperti tidak mampu, tapi jika yakin dengan Allah, semuanya akan jadi senang. Letakkan keyakinan kita pada Allah dan hadapi dengan senyuman! Allah tidak akan menganiayai hamba-hambaNya. Jangan ingat ujian yang kita hadapi ini adalah yang paling berat. Jika kita ini rendah, ada lagi yang paling rendah dari kita, jika kita ini tinggi, ada lagi yang lebih tinggi dari kita.
Buat teman-teman yang sedang diuji, ku hadiahkan lagu ini buat kamu. Be strong!
"Ya Allah Ya Tuhan kami,
Jika ini ujian yang kau berikan untuk kami,
maka kuatkan lah hati kami untuk menerimanya,
redhakan kami agar kami ikhlas menghadapinya,
Dan teguhkan iman kami agar hati kami tidak berpaling dari Mu,
Ampunkan dosa-dosa kami"
trima kasih ! taw2 je tenga rasa down sekrang ni.. haha..
ReplyDeletesama2.. tgh down ke? be strong ea.. up kan blik sprit tu jgn bg down lama2.. biar kita yg kawal benda2 ni sume jgn dia yg kawal kita.. :) semuanya ujian tau..
ReplyDelete