dikala ujian yang melanda diri.. serasa beban berat terhempap diri.. kekadang bernafas seakan dalam air.. pandang kanan, pandang kiri apa pun tak dapat.. masalah!! masalah!!! arghhhhh... "kenapa semua ini terjadi pada aku? apa salah ku?" antara ungkapan yang sering kita dengar.. mengeluh seribu memikirkan tentang masalah 'dunia'.. Astargfirllahalazim...kadang2 aku juga begitu.. kerana fatarmorgana dunia.. kita sering lupa tujuan kita dijadikan. kita diciptakan supaya beribadat kepada Allah dan meninggalkan larangannya. dan setiap orang akan diuji..
U.J.I @ U.J.I.A.N senang dieja tapi sukar untuk dilalui... di saat itu kesabaran di perlu.. iman jadi ukuran. jika iman kuat, sabar boleh berfungsi.. jika iman x de, sabar menghilang.. iman pula diperolehi daripada ilmu dan amal.. ramai yang islam tpi x ramai yang beriman.. Wallahualam..
1) aku sudah beriman.. semua orang boleh kata kn??.. tpi dengan ujian, inilah menguji iman kita.. dan Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. ikhlaskan hati.. redhakan semuanya...
subhanallah... dalam surat-surat cinta dari Allah:
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menagatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti menetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta" (surah, al-ankabut ayat 2-3)
2) x usah kita rantapi jika ada yang kita inginkan, kita x dapt milikki.... menangis sekalipun x guna duhai saudara2 ku sekalian...aku juga pernah ingin miliki apa yang ku inginkan, bla x mampu ku miliki, aku menangis.. ini juga ujian....yakin dengan Allah..
Allah berfirman dalam ayat-ayat cintanya kepada hambanyanya..
" boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (surah Al-baqarah, ayat 216)
3) aku tak mampu hadapi semua ini!!! aku rasa mau mati... nak mati.. nak mati.... tempikan dari suara hati.. mungkin tidak didengari orang lain.. kebanyakan kita mengeluh. mengapa seberat ini ujian untukku?? Allah Maha Mengetahui. Yakinlah pada pencipta kita. ujian yang diberikan adalah kerana Dia mengetahui bahawa kita mampu untuk hadapinya..
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
4) semua yang berlaku ada hikmahnya. jika kita anggap ujian ini datang untuk menyiksa kita,kita silap.susah bukan selamanya... pasti ada bahagia selepas derita
" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Al-Inyirah ayat 5-6)
5) jangan berputus asa.. bersabarlah dengan apa yang berlaku...
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)
"Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. (surah Al-Zumar ayat53)
MasyaAllah... semuanya tertulis dalam ayat-ayat cinta Allah. kita yang terlepas pandang.ingatlah kadang kala ujian yang berlaku adalah antara cara Allah mahu hambanya mendekatkan diri kepadaNya. dengan ujian, kita boleh dapat hidayah.InyaAllah..
Subhanallah.. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami. tak terkira nikmat yang kau berikan kepada kami. Ya Rabb... berilah kekuataan pada iman kami. berilah peringatan kepada kami di kala kami mula alpa. jangan pernah tinggalkan kami dan jangan benarkan kami pergi meninggalkan Mu.. Ya Allah.. biarlah hidup kami, mati kerana Mu.. Izinkan kami menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah. kami ingin ke syurgaMu tapi kami tidak layak dan tidak pula kami sanggup ke nerakaMu dari itu, kurniankanlah keampunanMu kepada kami semua.... Ya Allah Ya Tuhanku......Amin..
No comments:
Post a Comment
budak2 baik komen :