*Tangisan bukan untuk perempuan sahaja.
Walau siapa pun anda, menangislah.. menangislah.. menangislah.. menangislah kerana Allah..
Menangis bukan hanya untuk episod yang sedih sahaja. Menangis bukan bermaksud meratapi kedukaan.. Tapi menangis boleh menenangkan. Melegakan. Mengurangkan air dalama mata *eh?
Ambil wuudhuk, sembahyang.. kemudian, di saat menadah tangan dan bibir memohon doa ketika inilah waktu yang tenang untuk menangis. Menangis memohon doa kepada Allah. Menangis kerana ALLAH.. Subhanallah.. pasti kita akan tenang. setenang-tenangnya.. Di saat itu antara kita dengan Allah. Pohonlah apa sahaja dan luahkan apa yang ada dalam hati kepada Allah ketika itu, pasti kita akan merasa tenang sangat!
Pernahkan? tetiba kita rasa seperti mahu menangis tanpa sebab. Semua ini bukan saja-saja. Dan kadang-kadang Allah hantar ujian untuk kita. Ini juga bukan sia-sia. Semua ini kerana RINDU dari PENCIPTA kepada hambaNya. Bertuahnya orang yang diuji. Ketika Allah rindu kepada hambaNya, Allah mengirimkan ujian kepada malaikat Jibril untuk kita.
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
*menangislah dalam doa. menangislah dalam rintihan kerana Allah rindu kepada kita. Jangan halang airmata keluar hanya kerana secalit ego.
ada kisah mengenai air mata yang suka untuk saya kongsikan iaitu :-
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”
“Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”
Jangan bersedih, tapi menangislah..
jangan ketawa tapi senyumlah..
mari jadi hamba yang dirindui Allah!
ada fakta menyatakan bahawa menangis itu boleh mengurangkan stres yg kita alami. .
ReplyDelete^_^ a'a ada fakta pasal tu.. untungkan kita dapat nangis2..
ReplyDelete