Assalam sahabat yang dicintai..
Saya berharap sahabat sekalian berada dalam kesihatan yang sihat walafiat dan semoga sentiasa dalam redhaNya. Hari ini, saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman yang mungkin sukar untuk saya lupakan kerana bagi saya ianya terlalu berharga yang mungkin saya tidak dapat kat mana-mana tempat.
teringat dulu-dulu.
"alah seposen je... x da nilai ar.. bukan boleh buat kaya" Ayat ini pernah saya guna. Tapi setelah menempuh 1 hari tanpa duit walaupun seposen, barulah saya sedar bertapa bernilainya nilai seposen. T_T
Pengalaman ini bermula begini, saya dengan rela hati melibatkan diri dalam satu temuduga untuk menjadi ahli majlis penghuni desasiswa di tempat pengajian saya. Temuduga fasa pertama saya lulus. Alhamdulillah. Saya dipanggil untuk temuduga fasa ke dua. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Dalam masa lebih kurang 4 hari, kami diminta untuk menyediakan dana yang berupa wang ringgit.*agak ketandusan idea. Setelah berbincang sesama kami, kami berkeputusan untuk menjual sandwich, delivery, dan menjual air. Bermulalah hari-hari kami selama 4 hari. Setiap pagi dan malam, ketuk pintu bilik orang dan menjual sandwich yang dibuat sendiri. Mungkin kedengaran agak senang dan simple tapi dengan kesibukan belajar, dan kesuntukkan masa, kami harus lalui semua ini. Berputus asa sebelum penamat adalah bukan pegangan kumpulan kami.
Dipendekkan cerita, kami mampu untuk mengumpul seratus lebih dalam masa 4 hari dengan hanya menjual sandwich dan delivery serta menjual air minuman. Alhamdulillah. Syukur.
Kami membentangkan tugasan kami itu dihadapan panel-panel yang bijaksana dan tegas. Setiap rekod-rekod aktiviti kami di teliti satu persatu. Pembentangan kami simple dan santai sahaja. Usai sahaja bentang, kami dikejutkan oleh panel iaitu perlu mengundi keluar salah seorang daripada ahli kumpulan kami. *tak ku sangka dan tak ku duga. Memang sedih sangat! Tak tahu nak singkir siapa kerana semua memberikan kerjasama yang baik. Nak dengan tak nak, kami terpaksa rela dalam keterpaksaan. Salah seorang perlu disingkirkan. *maafkan aku kerna terpaksa!
dup dap dup dap (jantung ku berdegup kencang) mungkin aku yang tersingkir?? * aku redha je papehal yang terjadi. Tibalah masanya keputusan penyingkiran, Alhamdulillah jodoh saya dengan kumpulan masih panjang. Bukan saya yang tersingkir.
Ingatkan sudah berakhir cabaran kami. Rupa-rupanya ada lagi tugasan yang seterusnya. *apa lagi kejutannya kali ni..ishhhhhh.
Keesokkannya, kami diminta berkumpul, beg duit dan telefon kami dipegang oleh mereka. Kami hanya dibenarkan memegang kad pengenalan sahaja. Sebelum itu, kami diberikan sebungkus nasi lemak oleh pihak atasan untuk sarapan. Pada paginya, kami bermain explorace di kawasan USM Penang ni. Boleh dikatakan satu USM kami pusing mencari tempat maklumlah kami ini budak-budak baru jadi, tidak berapa kenal kedudukan bangunan-bangunan yang ada dalam kawasan USM ini.. *USM kat sini luas dan kawasanya besar! T_T *penat dan haus. "TAMAN BUKU" kami akan ingat tempat ni sampai bila-bila.. huhuhu... tempat yang paling susah nak cari sebab tak kenal. *penat cari tau! Di sini saya dapat rasa kerjasama dalam kumpulan, susah senang hadap bersama.
Maka, tibalah di destinasi terakhir, kami diberi kejutan lagi. Berulang kali kami tanya betul ke? betul ke? betul ke kakak fasi??? Perlu ke Komtar! mati-mati kami ingat hanya dalam kawasan USM sahaja permainan ini. Maklum sahaja kami ini anak perantauan. Belum biasa lagi dengan negeri pulau ini. Agak gugup juga bila dilepas begitu sahaja di Komtar. Tambahan kami hanya membawa i/c sekeping je kot!
Kami diberikan duit tambang pergi sahaja. Pergi lah kami dengan bawa badan yang lecun dengan peluh bawa sedikit bekal 'kepenatan' dan badan saya yang demam. Arghhhh... banyaknya cabaran T_T
Sampai sahaja kami di Komtar, kami bertemu dengan kumpulan saingan. :)
Sampai komtar dah dekat pukul 12 lebih kalau x silap. Setiap kumpulan hanya seorang sahaja dibenarkan memakai jam. Bertapa miskinya kami hari itu, tanpa duit seposen pun masuk kawasan bandar. Perut pun mula beriang mengikut rentak. Aishhh...*macam2 hal
Kami bertemu dengan para-para fasi di sana. Kami diminta untuk mencari wang! duit! pitis! kami diberi kebebasan untuk menggunakan apa sahaja cara untuk mendapat wang selain daripada cara kotor. diringkaskan, kami perlu mencari duit tambang balik, duit makan sendiri dan juga duit RM100.00 tidak termasuk duit tambang dan makan. *blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Maka, kumpulan kami berkeliaran berusahalah mencari kerja. Fokus utama kami kerja kedai makan! kami perlu berhadapan dengan persaingan dari kumpulan lain. :( memang tipis la peluang. Putus asa ada bukan cara kami! Kami cari lagi. Kumpulan kami terpaksa berpecah untuk mencari duit. Cari punya cari, jumpa la satu kedai makan. Jumpa makcik yang baik hati memberikan kami kerja. Moga Allah memberkatinya.
Kerjalah kami, kupas kulit bawang, potong daging, buang kulit udang dan macam-macam lagi kami buat demi untuk mendapatkan sedikit duit. Bagi kami, dapat tambang balik ke USM pun sudah memandai. Tak makan pun tak apa. *gastrik sabar jela hari ini.
Kami meminta waktu untuk sembahyang. Mak cik itu memberikanya. Terima kasih Mak Cik. *tauke yang sangat peramah dan baik hati. Turun lah kami dari tingkat 3 ke tingkat bawah mencari surau. Surau dah jumpat tapi tempat ambil wuduk pulak. Caj 20 sen! :( mana nak cari duit.. duit satu sen pun xda. Nak masuk tandas lagi. *bingung buntu jap.
Kami tunggu depan tandas tu seperti menagih simpati. Sukarnya. bertapa bernilainya duit seposen dua time tu. T_T Ummiiiii.. Abahhhhh.... Ya Allah, sukar nak gambarkan perasaan ku ketika itu. Rasa seperti tidak mampu untuk aku taipkan bagaimana perasaan aku ketika itu. Begini rasanya bila langsung tiada duit. Nak nangis pun ada. Badan dah lemah dah. *bersyukurlah kita yang tidak pernah kurang sebelum ini.
"duit bukan segala-galanya tetapi, segalanya memerlukan duit sekarang ini" tak de duit pun xleh masuk tandas. T_T
Kami perlu naik kembali ke tingkat 3. Meminta wang dari ketua kumpulan yang ketika itu ada RM2 setelah mendapat upah membelikan minyak kepada seorang peniaga. *penat lagi.
Alhamdulillah, kami terserempak dengan kumpulan lain. Ketika itu mereka telah berjaya mendapatkan wang. Kami menagih la singgit dua dari mereka untuk masuk tandas. Mereka baik hati. terima kasih. :) Maka dapatlah kami menyempurnakan solat kami. Alhamdulillah. Allah memudahkan cara. Terima kasih Allah.
Cukup pukul 5. Masa berkerja kami tamat. Alhamdulillah kami dapat mengumpul sebanyak RM82 ringgit. Makan adalah percuma kerana mak cik yang baik hati masakkan dan berikan kepada kami. Siap bagi bekal lagi untuk kami pulang ke USM. Kami berkongsi makan. Dalam pukul 6 lebih kami sampai ke USM. *memang penat + lemah badan yang semakin panas.
Kami adalah kumpulan yang terakhir tiba. Namun kami tidak kecewa kerana kami berlajar banyak sangat perkara baru dalam hidup kami. Kami rasa ini adalah pengalaman yang sukar kami dapat di mana-mana. Cukup-cukup menarik.
Kami terpilih menjadi ahli majlis penghuni desasiswa. Akhirnya kami dapat. :) tak sia-sia usaha kami. Cukup panjang entri saya kali ini. Ini pun ada yang saya skip. Banyak sangat cerita nak kongsi.. hehe... :)
No comments:
Post a Comment
budak2 baik komen :