Wednesday 1 May 2013

Guli bukan BULI

Sekarang dalam 'facebook', saya terperasan yang banyak video-video tentang buli dalam kalangan pelajar di 'post', di 'share', di 'like', di 'komen'. Owh.. senangnya tersebar!

Yang menjadi persoalannya, dari mana datangnya asal usul kejadian video itu jika bukan dari pelajar yg PEMBULI itu sendiri yg rakam? Apa tujuannya? Buat dosa dan kemudian berbangga dengan dosa sendiri? Kononnya nak tunjuk KEHEBATAN? motif?? *Sumpah tak paham dengan dak2 zaman sekarang. (Maap ter'emo pulak)

Yang upload, 1 hal.... 
Yang share, 1hal...
Yang Like, 1 hal lagi..
Yang mengomen pun kemain... 
Dah menjadi banyak hal kat sini...

Memang tidak menjadi hal jika tiada aurat dalam video itu. Tiada aib. Tapi sudah pastinya, yang kena buli itu berasa aib jika melihat video disebar-sebarkan. Dan bagaimana pulak jika Pembuli itu sudah insaf. Dan bagaimana pulak dengan maruah keluarga? Kadang-kadang anak-anak yang bersalah, ibubapa yang tanggung. Video itu disebar-sebar lagi? Astagfirllahalazim....sedihnya....

Ye, tidak dinafikan.. video itu boleh menjadi bukti kejadian tersebut. Tapi tidak perlu rasanya untuk disebar-sebar ke facebook. Cukuplah hantar ke pihak berkuasa jika mahukan keadilah yang mengikut undang-undang perlembagaan. Ada langkah-langkahnya.

Bayangkan. Video apabila di 'share', pasti orang dari luar negara pun boleh lihat. Pasti mereka tertawa berdekah-dekah melihat perwatakan penghuni malaysia. Anak-anak negara Islam lain sedang menghadapi perang. Dan negara kita, pelajar sedang membuli sesama kita? Apa kono eh jang? Malukan agama! Malukan negara! malukan keluarga! malukan.. ah! malu kat semua. 

Saya bertambah tidak faham lagi, apabila antara video yang disebar itu melibatkan perempuan yang membuli itu memakai TUDUNG.... dan pengomen-pengomen  mengomen menulis komen dengan lazat dan enaknya mengenai tudung. antaranya seperti :

"Pakai Tudung perangai macam syaitan."

"jangan ingat pompuan pakai tudung tu baik..macam setan juga"

 "Astarafillulah.... Pakai Tudung tetapi perangai masyaallah...

"pakai tudung..hati&perangai mcm syaitan..........."

"Nama saja pakai tudung tapi macam syaitan...."
 "Ape la ke bangang nye budak tu harap pkai tudung"


Okay. Saya nak nangis sekarang.. T_T. Kenapa salahkan tudung? Kenapa mesti libatkan tudung? Tudung
bukan bukti sesorang itu baik. Itu hakikat! 
Tudung juga bukan ukuran iman seseorang. Hatta, tudung itu labuh sekalipun. Bertudung itu bukan jaminan seorang itu baik. Ya, semua yang bertudung itu bukan baik. Tapi semua hamba Allah yang baik, pasti akan BERTUDUNG. Hamba Allah yang betul-betul hamba akan menurut segala perintah Allah. 

Iman bukan ada disebalik tudung dan tudung itu bukan pendinding untuk kita melakukan kejahatan. Kalau tudung itu penghalang daripada melakukan kejahatan, lebih baik lelaki pun  pakai tudung juga. Sebab nak halang dari buat jahat kan? 

Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.
 [HR Bukhari dan Muslim]

Jadi, secara kesimpulannya, jangan salahkan tudung! Jangan hina tudung! Salah manusia itu sendiri, tudung yang kena. Tudung x salah pape pun!

Jagalah iman yang berada di dalam hati kita. Ketahuilah sifat hati yang begitu rapuh. Iman kita ini berada di tempat yang rapuh, maka pastikan ia dijaga sebetul-betulnya. Jangan biarkan iman kita mati. Jika semua orang dalam dunia itu betul-betul menjaga hati dan iman, pasti tiada kes buli membuli. Pasti kita semua boleh main guli sama-sama.

Pohonlah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk kita



gambar bersumberkan google. *mintak izin guna ye!



"Ya Allah Selamatkan saudaraku
yang sedang ditindas
yang sedang sengsara di serang
yang sering menangis kesakitan
yang sedang  bermatian  melawan zionis"