Wednesday 14 January 2015

DUIT

Assalamualaikum buat kalian yang dirahmati Allah.

Sekian lama saya menyepi dalam dunia blog. Tapi aktif dalam facebook Saya bukan sape2, saya hanya hanya hamba Allah 

Tenta kali ini pembuka untuk tahun 2015. Alhamdulillah berkesempatan untuk berkongsi dengan kalian. Saya tahu penulisan saya tidaklah dimanfaatkan oleh beribu-ribu orang. Tetapi saya masih juga mengharap suatu hari nanti akan ada manfaatnya walaupun untuk seorang sahaja.

"Allah tidak memandang hasilnya, tetapi Allah memandang usaha kita"

Ok. Cukup itu pembuka bicara. 

Duit. Siapa tidak mahu duit? Pasti orang itu adalah orang yang tidak tahu nilainya duit di dunia ini. Sedangkan anak kecil hari ini pun sudah pandai menilai duit. Tengok sahaja semasa raya. Mereka tidak mahu duit yang nilainya kecil-kecil. Pasti kita dikatakan kedekut jika kita memberi mereka duit yang kecil nilainya.

Keadaan dunia hari ini adalah keadaan yang segala-galanya memerlukan duit tetapi ingat duit bukanlah segala-galanya. Air kosong pun dikenakan 30 sen. Masuk tandas pun berbayar. Ah, banyak lagi lah yang berbayar. 

Hakikatnya, duit sangat diperlukan oleh semua orang. Sehingga ada yang sanggup untuk menggadai diri dan agama. Ya, memang tidak dinafikan duit itu menjadi keperluan kita. Ada orang bersungguh-sungguhan mencari duit. Mengumpul duit beribu-ribu sehingga lupa yang hendak dibawa ke akhirat adalah amal ibadat bukan duit. Duit hanya satu 'alat' yang digunakan di dunia. Hanya di DUNIA. 

Jangan sia-siakan masa kita di dunia dengan terlalu taksub mengumpul duit.  Jangan hidup kerana duit kerana apabila mati kita takkan bawa duit. Kita tidak akan dikapankan dengan duit. Kita juga tidak akan dikebumikan bersama-sama dengan duit.

Ingat!. Ramai jutawan-jutawan yang tidak merasa tenang dan bahagia walaupun telah mempunyai wang yang berjuta-juta. Kalau tidak percaya, cubalah saudara/saudari google. Pasti ada kisah tentang jutawan-jutawan tersebut.

Duit hari ini mampu menutup pahala. Nilai pahala dipandang sepi. Hanya kerana tidak nampak dimata kasar manusia. Pahala seakan tiada nilainya. Padahal pahala yang akan menjaminkan seseorang itu ke syurga atau neraka. :'(

Kita sudah menjadi hamba duit. Rela menghambakan diri semata-mata kerana duit. Penulisan ini tidaklah untuk menghalang kita mencari duit. Kita perlu mencari duit tetapi janganlah terlalu taksub. Duit boleh digunakan sebagai 'alat' juga untuk kita mendapat pahala. Contohnya bersedekah. 

Maka sebagai penutupnya, gunalah duit secara berhemah. Jangan terlalu ghairah mencari duit sehingga meletakkan agama di belakang. Redha Allah yang kita perlu lebih dari segalanya. Dunia ini cuma sementara. Sudah terang lagi bersuluh tanda-tanda kehancuran dunia. Kiamat akan tiba. Alam akhirat akan datang. Sudah sedia?


"Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami
jadikan kami hambaMu dari golongan kanan"