Tuesday, 9 September 2014

Kisah bebudak dulu-dulu

Ini cerita sesaja aku nak taipkan disini. Kot2 nanti zaman anak cucu aku nanti mereka boleh baca. Cerita ini cerita lama. Masa tu zaman 90an. Aku pun masih kanak-kanak ribena lagi. Orang pada zaman ni tak berapa nak expert sangat bab-bab handphone2 ni. Dulu yang femes adalah telefon rumah je.*bergayut sambil tangan main putar-putar tali ganggang telefon.*ekekekekeke

Suatu hari tu, abah aku ada beli nset sony ericson. Nampak cam kaya je sebab dapat pakai telefon tangan. Padahal jenis yang biasa je sekarang pun dah takde agaknya jenis tu. Tapi zaman tu telefon tangan golongan atasan je yang pakai tak macam sekarang budak sekolah pun dah ada nset canggih-canggih. Nset yang abah aku beli tu saiz dia agak besar lebih kurang nokia 3310. Pada masa tu aku rasa cam tumpang bangga juga sebab abah aku dah ada telefon tangan tanpa wayar tu. Boleh bawa ke sana dan ke sini. *Agak jakun

Hendak dijadikan cerita, abah aku selalu terlupa mana dia letak nset baru dia tu. Maklum la boleh dibawa ke sana dan ke sini sampai terlupa tempat letak. Mudah alih dan bapak aku mudah lupa. Pada suatu hari *macam ayat nak mula karangan UPSR (tak boleh blah)

Satu malam yang sepi dan malam juga masih muda aku melihat abah aku tercari-cari sesuatu. Aku mendekati abah dan bertanya apa yang dicarinya. Ternyata betul tekaan aku. Telefon mudah alih dia yang dicari. Dengan penuh ketekunan, operasi mencari dijalankan *macam terlebih je ayat ni.

Ok, berbalik kepada cerita tadi, aku pun tolong la abah aku cari nset dia yang hilang tu. Kerah beberapa orang lagi yang ada kat umah untuk turut serta dalam operasi mencari ini. Puas mencari namun gagal. Pelik sangat. 2,3 orang yang cari dalam sebuah rumah tapi tak jumpe.

Abah aku termenung sekejap bagi memberi laluan kepada ingatannya untuk mengenalpasti destinasi nset yang terakhir. Memang abah aku yakin seratus peratus bahawa beliau meletakkan nsetnya di atas almari di ruang tamu rumah ku. Semua orang jadi blurr.. Tak tahu nak cari ke mana lagi. Masa tu semua orang tiada idea. Sehinggakan Allah menggerakkan idea singgah di kepala aku. 

"hah, buat miskol dengan telefon rumah kita!" Padahal boleh je sebelum cari ramai-ramai cam gini, buat miskol dulu. Senang cerita. Tapi masa tu idea tiada lagi. Lagi pun, masa dulu2, mak aku selalu je marah bila pakai telefon rumah untuk tlepon orang yang pakai nset. Bil telefon melambung! katanya. Mungkin la kot sebab dulu cas panggilan dari telefon rumah ke nombor prabayar adalah agak tinggi.

Sambung citer balik, aku pun dail la ke nombor abah aku. 012.......... tut...tut... tut.... Hello? tetiba ada orang angkat. Aku pun pandang ar ke arah abah aku. Pelik. Dengar suara-suara lelaki di talian.

Kah..kah.. kah... aku gelak guling2 (tipu je aku just senyum sipu2  je..) Rupa-rupanya abang aku ambik! Nak menunjuk-nunjuk ar tu depan member-member dia bajet ada henpon. Konon-konon dia punya ar tu. Buat penat orang mencari je! Habis satu family aku gelak~ Nakal betul abang aku!


Wednesday, 4 June 2014

Setahun lagi?

Alhamdulillah. Sudah 2 tahun aku di sini. Penang! Belajar untuk hidup jauh dari orang tua ku. Menimba ilmu di tempat orang. 2 tahun di sini, aku masih tidak kenal tempat-tempat kat sini. Mungkin kerana kekurangan masa, jadi, aku kurang 'mengeledah' Penang.

Sesudah dua tahun, maka berbaki lagi setahun lagi pengajian ku disini. Ya, setahun lagi. Tapi aku takut untuk berkira-kira dengan pasti. Mungkin setahun atau lebih. Kita merancang tp Allah yang menentukan.

Masih segar dalam ingatan ku, semasa di peringkat diploma, pengajianku masih berbaki setahun. Suka hati, bagaikan masa cepat berlalu. Namun, tanpa ada perancanganku, aku kemalangan. Alhamdulillah umur masih panjang. Tapi terpaksa menangguh pengajian sehingga menjadi 2 tahun. Bermakna aku menghabiskan diploma dalam tempoh 4 tahun. Semuanya telah berlalu hampir 5tahun. 


Kini, jika tiada apa-apa yang berlaku, setahun lagi aku akan menamatkan pengajian untuk kali ini. Ya Allah, aku berharap kepadaMu agar permudahkan perjalanan aku dan kawan-kawan ku yang lain. 

Aku percaya dengan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Mungkin tersembunyi di balik-balik bentakan perasaan kita. Release gelodak jiwa, dengan erti kata lain, bersabar, bersyukur & redha pasti jumpa hikmahnya! Moga Allah jauhkan segala yang buruk-buruk berlaku kepada kita semua. 


Ya Allah berkatilah usaha kami.
rahmatilah kami..
tenangkanlah hati kami
Jangan biarkan kami tersimpang dari jalanMu
Jadikan kami hambaMu yg Soleh..

Friday, 29 November 2013

Tegur tapi salah

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama rasanya jari jemari tidak menari-nari menaipkan bait-bait kata untuk dikongsikan bersama saudara saudari, sahabat-handai dan sesiapa sahaja yang menjengah blog ini. :) 
Diharapkan semua sedang dalam redha dan berkat Allah hendaknya. 

Hari ini rasa tertarik untuk kongsikan mengenai 'kesalahan'. Oh mungkin ramai diantara kita yang mampu menjadi juri tetap penilai kepada setiap apa yang berada dalam likungan atau berhampiran dengan kita atau apa sahaja yang kita rasa kita tahu. 

Ya, kita tahu.. Kita tahu yang ada mereka buat salah itu, salah ini.. salah sana dan salah sini. Tapi peliknya salah pada diri kita sendiri itu lebih banyak! itulah silapnya kita. Betul, kita boleh tegur kesalahan mereka yang lain, tapi apabila kita menegur jadikan teguran itu untuk diri kita sendiri juga. Elakkan diri kita menjadi seperti mereka. 

Tapi malangnya ramai diantara kita pejam mata dengan kesilapan diri sendiri. Tapi seluas-luasnya memandang salah orang lain. Mulalah kutuk mengutuk dari belakang. Ini bukan juga teguran tetapi lebih kepada 'mengumpat'

Lawakkan? Apabila kita mampu untuk tegur tentang warna orang berpakaian padahal orang itu sudah berpakai litup sedangkan kita masa itu sedang pakai ketat melitupi badan. Ahh... saya tak kata saya setuju tentang warna terang boleh dipakai. Tetapi disini kita boleh lihat, kita tahu tentang warna dalam berpakaian atau tentang 'tabarruj', kita pasti lebih tahu tentang kewajipan dan syarat-syarat asas tentang berpakaian. Jadi bagaimana kita masih boleh pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan betul?

Kesimpulanya, kita tahu tentang sesuatu sebab itulah kita boleh menegur. Tetapi kita masih gagal untuk mengaplikasikan pada diri sendiri. Menegur itu bagus, tetapi biar kena dengan cara.  Sambil-sambil kita menegur, jangan lupa untuk tarbiah diri sendiri juga. :)

"amar makruf nahi mungkar"





"Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami"