Thursday 19 April 2012

Graduan, masa dan perubahan

Apabila baru tamat belajar, graduan itu akan mempunyai beberapa pilihan bergantung kepada perancangan masing-masing. Graduan biasanya akan mempunyai masa terluang sebelum mendapatkan sesuatu seperti kerja tetap atau tawaran sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Maka, mereka bolehlah mengunakan masa yang ada untuk berfikir secara masak-masak dan berbincang dengan keluarga. Namun ada juga graduan yang bertuah dan murah rezeki, belum pun sempat tamat belajar tetapi telah menerima tawaran bekerja atau sambung belajar. Ini adalah bergantung kepada rezeki masing-masing. *Berdoalah kepada Allah Yang Maha Pemurah.

Semasa menunggu sesuatu peluang sama ada kerja yang tetap atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, rata-rata orang akan memilih sama ada bekerja secara sementara dahulu atau duduk diam-diam berehat di rumah. *sambil-sambil tunggu orang masuk meminang. 

Berehat di rumah adalah susuatu yang sangat seronok rilek kerana tidak perlu menyemakkan akal dan fikiran dengan bebanan kerja setelah penat belajar. *Ini bukan fakta tapi apa yang saya rasa sahaja. Namun bekerja secara sambilan sebenarnya adalah langkah yang baik kerana boleh mendapat pengalaman dan pendapatan.

Mungkin ada di antara kita yang mempunyai beberapa halangan untuk bekerja secara sambilan semasa tempoh menunggu tersebut. Usah gusar dan kecewa, kerana anda juga adalah orang-orang bertuah kerana anda mempunyai masa untuk membuat perubahan pada diri. Anda ada masa untuk mendekatkan diri pada Allah. Anda ada masa untuk melatih skil-skil sebagai suri rumah seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Inilah peluang yang ada untuk belajar bagi yang taktahu dan untuk memantapkan kemahiran bagi yang dah tahu. Jadi, anda boleh menggunakan masa yang ada ini dengan banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah, mungkin tiada pendapatan namun jika sesuatu yang kita lakukan semasa ada masa lapang ini niat kerana Allah, kita dapat ganjaranya iaitu pahala. InyaAllah.


Adakah perubahan sebegini (rujuk gambar) yang sering berlaku kepada semua gadis-gadis yang berehat selepas tamat belajar? *Sabar jelah dan berusaha untuk makan secara sedikit seimbang. 


Biarkan perubahan rohani juga makin mantap biarpun fizikal yang berubah. T_T




p/s : gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)


No comments:

Post a Comment

budak2 baik komen :