Tuesday 29 January 2013

Bahagia

"Ungkapkan sahaja kata bahagia walaupun hati sedang merana, kecewa, duka mahupun kesedihan. Usah tunjukkan duka lara pada wajah, cukuplah hati yang merasa..tapi yakin Allah Maha Mengetahuinya.. "

Bahagia? Apakah maksud bahagia yang sebenarnya dan adakah kita sudah merasa bahagia? 

Menurut kamus dewan edisi ketiga, bahagia diberikan maksud suasana senang dan aman, aman damai serta gembira. Maknanya disini, kita telah pun merasa bahagia. Semua orang pernah bahagia. Kita tidak terkecuali. Namun malangnya, kita ingkari nikmat itu. Kita terus melupakan detik-detik bahagia tatkala duka menyinggah tiba dalam hidup kita. Adilkah begitu?

Aku tidak pernah bahagia! Aku selalu menderita. Nasib ku memang malang! 

Mungkit ayat-ayat ini pernah meniti di bibir kita ketika sedang menderita. Benarkah tidak pernah bahagia atau sebenarnya kita lupa yang kita telah pernah bahagia? Bahagia atau tidak, suka atau duka, sedih atau gembira jika kita menerima kerana Allah, kita pasti akan melalui liku-liku kehidupan kita dengan lebih kuat.

Bahagia itu semua orang mahu dan tiada orang menolak bahagia. Tapi kebahagian yang sebenar yang kita mahu adalah di masa kehidupan kita yang kekal iaitu di akhirat. Jangan pernah lupa tentang kebahagian di sana. Kita mungkin derita di alam ini tapi tidak semestinya kita akan menderita di sana kelak. Di sana tidak akan ada waktu-waktu derita yang akan melintasi hidup kita lagi. Yakinlah di syurga kita akan bahagia sentiasa! Akan tetapi mahu ke syurga itu bukan hanya dengan berkata MAHU jadi kita terus ke sana. Haruslah berusaha! beramal soleh dan tinggalkan kemungkaran. 


Ya Allah, kami hambaMu yang sering menzalimi diri sendiri,
ampunkan kami Ya Allah,
Jangan pernah sukarkan jalan kami 
untuk menuju ke jalan firdaus Mu.
Redhailah kami Ya Allah..



No comments:

Post a Comment

budak2 baik komen :