Friday, 19 October 2012

Bertapa bernilainya 10sen

Assalam sahabat yang dicintai..

Saya berharap sahabat sekalian berada dalam kesihatan yang sihat walafiat dan semoga sentiasa dalam redhaNya. Hari ini, saya begitu teruja untuk berkongsi pengalaman yang mungkin sukar untuk saya lupakan kerana bagi saya ianya terlalu berharga yang mungkin saya tidak dapat kat mana-mana tempat.

teringat dulu-dulu.


"alah seposen je... x da nilai ar.. bukan boleh buat kaya" Ayat ini pernah saya guna. Tapi setelah menempuh 1 hari tanpa duit walaupun seposen, barulah saya sedar bertapa bernilainya nilai seposen. T_T


Pengalaman ini bermula begini, saya dengan rela hati melibatkan diri dalam satu temuduga untuk menjadi ahli majlis penghuni desasiswa di tempat pengajian saya. Temuduga fasa pertama saya lulus. Alhamdulillah. Saya dipanggil untuk temuduga fasa ke dua. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Dalam masa lebih kurang 4 hari, kami diminta untuk menyediakan dana yang berupa wang ringgit.*agak ketandusan idea.  Setelah berbincang sesama kami, kami berkeputusan untuk menjual sandwich, delivery, dan menjual air. Bermulalah hari-hari kami selama 4 hari. Setiap pagi dan malam, ketuk pintu bilik orang dan menjual sandwich yang dibuat sendiri. Mungkin kedengaran agak senang dan simple tapi dengan kesibukan belajar, dan kesuntukkan masa, kami harus lalui semua ini. Berputus asa sebelum penamat adalah bukan pegangan kumpulan kami.

Dipendekkan cerita, kami mampu untuk mengumpul seratus lebih dalam masa 4 hari dengan hanya menjual sandwich dan delivery serta menjual air minuman. Alhamdulillah. Syukur.

Kami membentangkan tugasan kami itu dihadapan panel-panel yang bijaksana dan tegas. Setiap rekod-rekod aktiviti kami di teliti satu persatu. Pembentangan kami simple dan santai sahaja. Usai sahaja bentang, kami dikejutkan oleh panel iaitu perlu mengundi keluar salah seorang daripada ahli kumpulan kami. *tak ku sangka dan tak ku duga. Memang sedih sangat! Tak tahu nak singkir siapa kerana semua memberikan kerjasama yang baik. Nak dengan tak nak, kami terpaksa rela dalam keterpaksaan. Salah seorang perlu disingkirkan. *maafkan aku kerna terpaksa!

dup dap dup dap (jantung ku berdegup kencang) mungkin aku yang tersingkir?? * aku redha je papehal yang terjadi. Tibalah masanya keputusan penyingkiran, Alhamdulillah jodoh saya dengan kumpulan masih panjang. Bukan saya yang tersingkir.

Ingatkan sudah berakhir cabaran kami. Rupa-rupanya ada lagi tugasan yang seterusnya. *apa lagi kejutannya kali ni..ishhhhhh.

Keesokkannya, kami diminta berkumpul, beg duit dan telefon kami dipegang oleh mereka. Kami hanya dibenarkan memegang kad pengenalan sahaja. Sebelum itu, kami diberikan sebungkus nasi lemak oleh pihak atasan untuk sarapan. Pada paginya, kami bermain explorace di kawasan USM Penang ni. Boleh dikatakan satu USM kami pusing mencari tempat maklumlah kami ini budak-budak baru jadi, tidak berapa kenal kedudukan bangunan-bangunan yang ada dalam kawasan USM ini.. *USM kat sini luas dan kawasanya besar! T_T *penat dan haus. "TAMAN BUKU" kami akan ingat tempat ni sampai bila-bila.. huhuhu... tempat yang paling susah nak cari sebab tak kenal. *penat cari tau! Di sini saya dapat rasa kerjasama dalam kumpulan, susah senang hadap bersama.

Maka, tibalah di destinasi terakhir, kami diberi kejutan lagi. Berulang kali kami tanya betul ke? betul ke? betul ke kakak fasi??? Perlu ke Komtar! mati-mati kami ingat hanya dalam kawasan USM sahaja permainan ini. Maklum sahaja kami ini anak perantauan. Belum biasa lagi dengan negeri pulau ini. Agak gugup juga bila dilepas begitu sahaja di Komtar. Tambahan kami hanya membawa i/c sekeping je kot!

Kami diberikan duit tambang pergi sahaja. Pergi lah kami dengan bawa badan yang lecun dengan peluh bawa sedikit bekal 'kepenatan' dan badan saya yang demam. Arghhhh... banyaknya cabaran T_T
Sampai sahaja kami di Komtar, kami bertemu dengan kumpulan saingan. :)

Sampai komtar dah dekat pukul 12 lebih kalau x silap. Setiap kumpulan hanya seorang sahaja dibenarkan memakai jam. Bertapa miskinya kami hari itu, tanpa duit seposen pun masuk kawasan bandar. Perut pun mula beriang mengikut rentak. Aishhh...*macam2 hal

Kami bertemu dengan para-para fasi di sana. Kami diminta untuk mencari wang! duit! pitis! kami diberi kebebasan untuk menggunakan apa sahaja cara untuk mendapat wang selain daripada cara kotor.  diringkaskan, kami perlu mencari duit tambang balik, duit makan sendiri dan juga duit RM100.00 tidak termasuk duit tambang dan makan. *blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

 Maka, kumpulan kami berkeliaran berusahalah mencari kerja. Fokus utama kami kerja kedai makan! kami perlu berhadapan dengan persaingan dari kumpulan lain. :( memang tipis la peluang. Putus asa ada bukan cara kami! Kami cari lagi. Kumpulan kami terpaksa berpecah untuk mencari duit. Cari punya cari, jumpa la satu kedai makan. Jumpa makcik yang baik hati memberikan kami kerja. Moga Allah memberkatinya. 

Kerjalah kami, kupas kulit bawang, potong daging, buang kulit udang dan macam-macam lagi kami buat demi untuk mendapatkan sedikit duit. Bagi kami, dapat tambang balik ke USM pun sudah memandai. Tak makan pun tak apa. *gastrik sabar jela hari ini.

Kami meminta waktu untuk sembahyang. Mak cik itu memberikanya. Terima kasih Mak Cik. *tauke yang sangat peramah dan baik hati. Turun lah kami dari tingkat 3 ke tingkat bawah mencari surau. Surau dah jumpat tapi tempat ambil wuduk pulak. Caj 20 sen! :( mana nak cari duit.. duit satu sen pun xda. Nak masuk tandas lagi. *bingung buntu jap.

Kami tunggu depan tandas tu seperti menagih simpati. Sukarnya. bertapa bernilainya duit seposen dua time tu. T_T Ummiiiii.. Abahhhhh.... Ya Allah, sukar nak gambarkan perasaan ku ketika itu. Rasa seperti tidak mampu untuk aku taipkan bagaimana perasaan aku ketika itu. Begini rasanya bila langsung tiada duit. Nak nangis pun ada. Badan dah lemah dah. *bersyukurlah kita yang tidak pernah kurang sebelum ini. 
"duit bukan segala-galanya tetapi, segalanya memerlukan duit sekarang ini" tak de duit pun xleh masuk tandas. T_T 

Kami perlu naik kembali ke tingkat 3. Meminta wang dari ketua kumpulan yang ketika itu ada RM2 setelah mendapat upah membelikan minyak kepada seorang peniaga. *penat lagi.

Alhamdulillah, kami terserempak dengan kumpulan lain. Ketika itu mereka telah berjaya mendapatkan wang. Kami menagih la singgit dua dari mereka untuk masuk tandas. Mereka baik hati. terima kasih. :) Maka dapatlah kami menyempurnakan solat kami. Alhamdulillah. Allah memudahkan cara. Terima kasih Allah.

Cukup pukul 5. Masa berkerja kami tamat. Alhamdulillah kami dapat mengumpul sebanyak RM82 ringgit. Makan adalah percuma kerana mak cik yang baik hati masakkan dan berikan kepada kami. Siap bagi bekal lagi untuk kami pulang ke USM. Kami berkongsi makan. Dalam pukul 6 lebih kami sampai ke USM. *memang penat + lemah badan yang semakin panas.

Kami adalah kumpulan yang terakhir tiba. Namun kami tidak kecewa kerana kami berlajar banyak sangat perkara baru dalam hidup kami. Kami rasa ini adalah pengalaman yang sukar kami dapat di mana-mana. Cukup-cukup menarik. 

Kami terpilih menjadi ahli majlis penghuni desasiswa. Akhirnya kami dapat. :) tak sia-sia usaha kami. Cukup panjang entri saya kali ini. Ini pun ada yang saya skip. Banyak sangat cerita nak kongsi.. hehe... :) 

Saturday, 22 September 2012

kita pasti berjodoh

Satu lagi hari bakal melabuhkan tirai. Sungguh cepat masa berlalu. Bagaikan semalam semuanya terjadi. Seperti baru sahaja semalam aku bermain tali getah bersama kawan-kawan di kampung. Ahh... rupanya kini aku sudah menjangkau ke alam dewasa. Fasa perubahan terus berlaku. Sedar atau tidak, makin hari makin dekat kita dengan jodoh yang bernama AJAL. Hakikatnya, manusia kini lebih gusar untuk memikirkan jodoh yang belum pasti berbanding dengan 'jodoh' yang benar-benar pasti akan terjadi kepada setiap penghuni bumi. 

AJAL atau lebih 'famous' dengan KEMATIAN paling digeruni dan ditakuti oleh makhluk Allah yang bergelar manusia. Tapi malangnya walaupun paling ditakuti, ianya juga paling kerap dilupakan oleh manusia. Seperti juga aku. Aku sering merancang tentang hari esok tanpa memikir adakah esok milik aku lagi? Bertapa diri ini jahil. Hinanya aku.

Bagaimana malang itu tidak berbau, mati juga tidak berbau. Tarikh kematian adalah rahsia Allah. Tempat dan bagaimana juga kita tidak tahu. Hari ini kita sedang leka dengan segala jenis hiburan yang diciptakan oleh kita sendiri, esok mungkin kita dijemput ajal. Siapa tahu? Yang sakit itu belum tentu akan pergi dulu sebelum kita. Lihat sahaja di sekeliling kita, yang sihat-sihat tiba-tiba sahaja dijemput Illahi.  Bagaimana kita dengan penuh gah dan yakin bahawa kita bisa lagi bernafas untuk esok hari? Yang muda-muda jangan pernah fikir, kita masih muda maka kita masih lambat dengan kematian. Jangan sekali-kali berasa begitu. Tengok sahaja kawan-kawan kita yang muda-muda. Ada yang telah pergi meninggalkan kita.  Esok mungkin ada tetapi belum tentu untuk kita. Selepas tercabutnya nyawa dari jasad maka terputuslah segala amalan anak Adam melainkan 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan sedekah jariah. Sudah cukupkan bekalan kita? Yakin kah kita mampu tersenyum apabila bertemu dengan Izrail, Pecabut Nyawa? Dan tahukah kita Izrail selalu melawat kita 70 kali sehari? Kita terlalu asyik dengan dunia semata. Padahal di dunia adalah hanyalah tempat persinggahan sahaja. Hanya singgah! perkataan singgah cukup untuk menggambarkan bahawa 'sekejap sahaja'. Ya, hidup kita di dunia hanya sementara. 

Berbicara tentang mati aku jadi takut. Takut sangat. Ada debaran dalam dada. Bagaimana kehidupan kita setelah kematian? Berbahagiakah kita di alam kubur? Bagaimana pula pada hari dimana segala amalan ditimbang? Bagaimana kesudahan perjalanan hidup kita? Sedangkan hidup kita di dunia hanyalah semata untuk dunia. Bekalan kita untuk di sana tiada! 

Terkena percikan minyak panas, kita sudah sakit. Itu baru percikan minyak panas yang kecil dan belum lagi api. Dan itu masih lagi belum api Neraka yang berganda-ganda lagi panas daripada api kat dunia ini. Nauzibillah min zalik. Mintak-mintak kita bukan antara yang meramaikan ahli neraka.

Sebagaimana aku tidak ingin, aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sama dengan aku  yang mana tidak ingin menjadi ahli neraka. Berasa 'tidak ingin' sahaja belum cukup untuk selamatkan diri kita daripada api neraka. Maka, aku seru, bermula hari ini marilah kita sama-sama memperbaiki diri kearah kebaikan dan persiapkan diri untuk menghadapi kematian. Jangan pernah rasa cukup dengan amalan kita yang sebelum ini. Perbanyakkan taubat dan doa. Biar lah akhir kata kita dengan kalimah suci "la ila hailla Allah Muhammad Rasullullah". Akhir hidup kita husnul khotimah. Marilah kita sama-sama mengumpul bekalan untuk kehidupan disana. Yang pasti, di sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Rebutlah untuk mengejar cinta Allah Yang Hakiki. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam berkat dan redhaNya serta dalam lindungan di bawah naunganNya. Moga kita bisa bertemu di Syurga duhai teman-teman. Wallahualam.


sumber : google


"Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
guru-guru kami,  serta kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, jangan pesongkan hati kami,
tetapkan hati kami pada jalanMu
Sungguh, kami sesat tanpaMu, 
terimalah amalan kami,
bawalah kami ke JannahMu Ya Allah Ya Tuhan kami"

Friday, 14 September 2012

Rindu Ap'pa Am'ma

Ya Allah, jika kehadiran rindu ini untuk mengajar kekuatan, maka tabahkan hati kami untuk terus merindui. merindui.. dan merindui...

Sungguh, kadang-kadang hati ini tidak tertahan menanggung beban rindu lagi. Kadang-kadang terasa sakit di benak hati kerana rindu. Rindu!

Kadang-kadang air mata mengalir untuk ringankan beban hati yang menanggung rindu. Jika benar air mata yang mengalir ini membawa pergi rasa beban, maka ku akan relakan ianya mengalir laju! Biar hati ini tenang di sini.

Ohh.. jika mampu ku sampaikan rindu melalui angin akan sentiasa ku tiupkan angin. Tiap kali angin menyapa menyentuh kulit kalian, itulah rindu yang aku kirimkan. Biarkan mereka di kampung dapat merasakan bertapa aku rindu mereka.

Demi menggapai cita-cita terpaksa melalui liku-liku tanpa kalian di sisi. Walaupun kadang-kadang rasa ingin tertewas dengan diri sendiri kami akan cuba bangkit. Harapan kalian adalah pembakar semangat. Kasih sayang kalian adalah pengubat. Doa kalian penguat daku disini. Terima kasih kalian.

Kalian is : MYFAMILY
<LOVE KALIAN>