Saturday, 22 June 2013

Kisah nyamuk

Alhamdulillah.
Masih diberi pinjaman nafas untuk ditarik dan dihembus sesuka hati dan dimana saja.. :) Terima kasih Ya Allah.
Maka dengan rasminya, sy menamatkan semester dua bagi tahun 1 pengajian. Sekarang masuklah masa untuk berbulan-bulan madu berehat selama 2 bulan lebih. wiwit ^_^
Semasa sedang sibuk mengira-ngira rambut di kepala (*sibuknya saya), tiba-tiba teringat tentang satu cerita. Dimana cerita ini adalah cerita yang sebenar-benarnya berlaku. Bukan rekaan tapi mungkin ada tambahan bg penyedap rasa.

Kisahnya bermula begini. Ada seorang isteri yang sangat penyayang dan perihatin. Suka menangis dan suka ketawa. Suaminya, seorang yang ramah tetapi tegas dan agak garang. Hendak dijadikan cerita, suaminya ada satu penyakit yang dikenali sebagai penyakit Gout. Pada suatu malam, suaminya memang sakit sangat pada bahagian sendi tulang kakinya. Setiap sendi-sendinya bengkak-bengkak dan berdenyut-denyut. Si isteri tidak lena tidur melihat keadaan suaminya. Bawa ke hospital adalah suatu yang tidak mungkin kerana bekalan ubat masih ada malahan ini bukan pertama kali suaminya sakit seperti kali ini. Sudah biasa.

Yang menjadi luar biasanya pada malam itu, beberapa nyamuk dengan lenggang lengguknya bertebangan ke sana dan ke mari. Mata si isteri melilau-lilau melihat nyamuk. Geram! Ketika itu si suami sedang termenung mengenangkan denyutan pada kakinya dan sangat tidak kisah pada kehadiran nyamuk-nyamuk yang mengganggu keheningan malam.

Akhirnya, rezeki nyamuk ada, pencarian nyamuk tidak sia-sia. Dia berjaya menapak dirinya dan menghisap darah dengan berselera sekali. Late dinner, maybe.

Setelah itu, si isteri ternampak nyamuk tersebut. Masih rakus menghisap darah walaupun perutnya sudah kelihatan kemerah-merahan tanda sudah dipenuhi dengan darah. Mungkin masih tidak cukup kenyang. Si isteri yang dari tadi geram dengan nyamuk-nyamuk, mengkamit bibirnya seiring dengan tangannya yang dihayun ke belakang pada pusingan 360 darjah. Dengan kelajuan 180/saat, si isteri menghayun tangan tepat mengena sasaran iaitu nyamuk yang sedang ralit menghisap darah.

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekuat-kuat suara. Jeritan dari si suami. Alam bumi seolah-olah bergegar. Buah kelapa jatuh 2, 3 bijik disebabkan kuasa jeritan tadi. Rupa-rupanya, nyamuk tadi sedang menghisap darah pada kaki si suami yang sedang kesakitan. Si isteri terus tarik selimut dan menutup muka. Takut.

Melihat mayat nyamuk dan kesan darah pada kakinya, si suami menggeleng-gelengkan kepala. Isteriku, kakiku sakit kenapa dipukulnya sekuat hati? Jentik sahaja sudah cukup.............

Akhirnya, setelah beberapa hari, kisah itu menjadi kisah lucu buat mereka. Bila teringat, pasti mereka ketawa.


#Geram pada nyamuk semua benda boleh jadi.#


sumber : google

Wednesday, 1 May 2013

Guli bukan BULI

Sekarang dalam 'facebook', saya terperasan yang banyak video-video tentang buli dalam kalangan pelajar di 'post', di 'share', di 'like', di 'komen'. Owh.. senangnya tersebar!

Yang menjadi persoalannya, dari mana datangnya asal usul kejadian video itu jika bukan dari pelajar yg PEMBULI itu sendiri yg rakam? Apa tujuannya? Buat dosa dan kemudian berbangga dengan dosa sendiri? Kononnya nak tunjuk KEHEBATAN? motif?? *Sumpah tak paham dengan dak2 zaman sekarang. (Maap ter'emo pulak)

Yang upload, 1 hal.... 
Yang share, 1hal...
Yang Like, 1 hal lagi..
Yang mengomen pun kemain... 
Dah menjadi banyak hal kat sini...

Memang tidak menjadi hal jika tiada aurat dalam video itu. Tiada aib. Tapi sudah pastinya, yang kena buli itu berasa aib jika melihat video disebar-sebarkan. Dan bagaimana pulak jika Pembuli itu sudah insaf. Dan bagaimana pulak dengan maruah keluarga? Kadang-kadang anak-anak yang bersalah, ibubapa yang tanggung. Video itu disebar-sebar lagi? Astagfirllahalazim....sedihnya....

Ye, tidak dinafikan.. video itu boleh menjadi bukti kejadian tersebut. Tapi tidak perlu rasanya untuk disebar-sebar ke facebook. Cukuplah hantar ke pihak berkuasa jika mahukan keadilah yang mengikut undang-undang perlembagaan. Ada langkah-langkahnya.

Bayangkan. Video apabila di 'share', pasti orang dari luar negara pun boleh lihat. Pasti mereka tertawa berdekah-dekah melihat perwatakan penghuni malaysia. Anak-anak negara Islam lain sedang menghadapi perang. Dan negara kita, pelajar sedang membuli sesama kita? Apa kono eh jang? Malukan agama! Malukan negara! malukan keluarga! malukan.. ah! malu kat semua. 

Saya bertambah tidak faham lagi, apabila antara video yang disebar itu melibatkan perempuan yang membuli itu memakai TUDUNG.... dan pengomen-pengomen  mengomen menulis komen dengan lazat dan enaknya mengenai tudung. antaranya seperti :

"Pakai Tudung perangai macam syaitan."

"jangan ingat pompuan pakai tudung tu baik..macam setan juga"

 "Astarafillulah.... Pakai Tudung tetapi perangai masyaallah...

"pakai tudung..hati&perangai mcm syaitan..........."

"Nama saja pakai tudung tapi macam syaitan...."
 "Ape la ke bangang nye budak tu harap pkai tudung"


Okay. Saya nak nangis sekarang.. T_T. Kenapa salahkan tudung? Kenapa mesti libatkan tudung? Tudung
bukan bukti sesorang itu baik. Itu hakikat! 
Tudung juga bukan ukuran iman seseorang. Hatta, tudung itu labuh sekalipun. Bertudung itu bukan jaminan seorang itu baik. Ya, semua yang bertudung itu bukan baik. Tapi semua hamba Allah yang baik, pasti akan BERTUDUNG. Hamba Allah yang betul-betul hamba akan menurut segala perintah Allah. 

Iman bukan ada disebalik tudung dan tudung itu bukan pendinding untuk kita melakukan kejahatan. Kalau tudung itu penghalang daripada melakukan kejahatan, lebih baik lelaki pun  pakai tudung juga. Sebab nak halang dari buat jahat kan? 

Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.
 [HR Bukhari dan Muslim]

Jadi, secara kesimpulannya, jangan salahkan tudung! Jangan hina tudung! Salah manusia itu sendiri, tudung yang kena. Tudung x salah pape pun!

Jagalah iman yang berada di dalam hati kita. Ketahuilah sifat hati yang begitu rapuh. Iman kita ini berada di tempat yang rapuh, maka pastikan ia dijaga sebetul-betulnya. Jangan biarkan iman kita mati. Jika semua orang dalam dunia itu betul-betul menjaga hati dan iman, pasti tiada kes buli membuli. Pasti kita semua boleh main guli sama-sama.

Pohonlah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk kita



gambar bersumberkan google. *mintak izin guna ye!



"Ya Allah Selamatkan saudaraku
yang sedang ditindas
yang sedang sengsara di serang
yang sering menangis kesakitan
yang sedang  bermatian  melawan zionis"









Thursday, 31 January 2013

Maafkan aku cinta!

Cinta...
Tanpa ku pinta engkau hadir di dalam jiwa..
Hadir mu membawa rindu..
Rindu pula datang bersama cemburu..
Mengigit ketenangan hati ini..

Cinta...
Bukan sengaja aku menolak mu..
Aku juga tidak bisa menidakkan rasa cinta mu itu
namun waktu tidak mempersetujui kehadiranmu ketika ini
Mungkin belum tiba masanya lagi..

Cinta...
Aku mengerti..
kehendak fitrah sering menyerumu..
namun apa dayaku..
keadaan belum menghalalkan mu..

Cinta....
kamu mungkin bisa hadir dalam hatiku..
kerna aku tiada kuasa untuk menghalangmu
namun ingin aku tegaskan
aku mungkin mengurungmu seketika..

Cinta...
Maafkan aku mengurungmu..
Tiapkali kau meronta-ronta...
Ketahuilah jiwa ini turut sakit..
Hati ini sering menangis...

Cinta....
Tenanglah kau dihatiku...
Pasti tiba masanya dimana kau akan dibuka
Oleh si kunci "aku terima nikahnya...."
Yakin lah dengan Pencipta Yang Maha Esa..