Saturday 2 June 2012

Part of the my story

Hari ini ingin ku kongsikan sedikit cerita yang telah aku lalui yang kini aku boleh katakan sebagai 'kenangan' dan juga 'pengalaman'. Mungkin pengalaman ini tidaklah seteruk orang lain dan aku juga percaya ada lagi yang lebih hebat pengalamannya.

Kisah ini berlaku ketika aku masih lagi belajar. Pada tahun 2009. Masih segar dalam ingatan ku bagaimana ianya bermula. Ketika itu aku sedang membuat latihan industri atau bahasa lainnya juga disebut sebagai praktikal. Aku berpraktikal di sebuah pejabat kosultan swasta di tempat kelahiranku. Lebih kurang 20 minit sahaja masa yang diambil dari rumahku untuk ke sana. Aku hanya membawa motorsikal sahaja untuk berulang-alik ke tempat berpraktikal itu.

Ceritanya bermula begini, pada 8/12/2009, lebih kurang jam 8.40 pagi, seperti biasa aku telah bersiap untuk ke ofis.

"Ummi, sy pergi dulu.." kata ku kepada ibu.

"Ishh..xnk breakfast dlu ke? Ummi dah masak gulai udang ni" 

" x pe la mi.. Sy makan kt sana la nanti takot terlewat lak sampai kalau makan sekarang" 

Buat pengetahuan semua, di rumah ku adalah menjadi kebiasaan untuk bersarapan dengan nasi. Jarang sekali untuk makan sesuatu yang ringan seperti biskut, roti atau kuih-muih. Siap sahaja aku bersalaman dengan ibu, aku terus membawa motorsikal ku yang telah dipanaskan enjinya selama lima minit. 

Sebelum terus ke pejabat, aku singgah sekejap di kedai makan untuk membeli sebungkus nasi untuk dijadikan sebagai bekalan ku agar nanti aku tidak perlu untuk bersusah payah membeli makanan bila sampai di pejabat. Aku teruskan perjalanan ku seperti biasa.

Tibalah masanya untuk aku membelok ke kanan bagi memasuki lorong ke pejabat. Aku memberi signal ke kanan dan memasuki line tengah jalan. Aku berhenti seketika di situ bagi memastikan kenderaan tiada di kiri jalan untuk aku melintasi jalan raya tersebut. Aku sedikit pelik dengan keadaan hari ini kerana kenderaan agak banyak tidak seperti sebelum ini. Biasanya, apabila melewati angka jam 9, sudah jarang kenderaan di jalan raya ini kerana kebanyakkan waktu kerja adalah di antara pukul 8.

Aku tunggu, dan terus tunggu. Tetiba ada sebuah kereta memberi aku laluan untuk aku melintas jalan tersebut. Tanpa mensia-siakan peluang aku terus melintas, dan tiba-tiba saja ada sebuah kereta dari arah paling tepi melanggar aku.

Bukkkgg!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekelip mata semuanya terjadi. Aku hanya nampak "objek hitam" dari ekor mata kiri ku. Aku dapat rasa aku seperti melambung dan motor aku pula melambung ke tengah jalan manakala aku berada di tepi jalan. Semuanya menjadi gelap dengan tiba-tiba. Semasa dalam "kegelapan" itu, aku rasa masaku telah tiba, dalam pada itu juga aku terus membayangi dosa-dosaku. Takut sangat. Aku betul-betul ingat aku begini rasanya keadaan hampir mati. Gelap!.

"Lailahaillallah Muhammadarrasulullah" aku melafaz di dalam hati.

Aku dapat rasa, ada seorang mak cik memangku aku, meminta aku mengucap dengan kalimah syahadah. Aku juga mendengar suara-suara yang riuh. Keadaan seperti gamat. Aku dapat mendengar itu semua namun berat untuk aku membuka mataku. Aku juga terdengar ada orang mengatakan "mati dah.. mati dah..." perasaan aku ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semua perasaan ku bercampur-campur menjadi satu sehinggakan aku sendiri sukar untuk mentafsirkan bagaimana perasaan aku ketika itu.

"air, air.... ada air tak?" Mak cik yang memangku aku meminta air. 


Sehinggalah ada seorang yang memberi 1 bekas air teh.  Barangkali air yang dibekal dari rumahnya. Dalam keadaan yang agak kalut, hanya air teh sahaja yang ada masa itu. Lalu, mak cik itu, menggunakan air itu dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan dengan lafas bismillah, dia menyapukan air teh ke muka ku. Ketika itu, aku dapat rasakan itu semua, namun tak bisa untuk aku membuka mata. Mak cik tersebut masih membisikkan syahadah.

Beberapa minit kemudian, aku membuka mata. Aku lihat begitu ramai orang yang menyaksikan kejadian. Ada yang memberhentikan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian yang berlaku. Ramai sangat orang yang mengelilingi aku.

Sebaik sahaja aku membuka mata, lalu Mak cik itu, menyuruh aku meminum baki air teh tersebut. Aku dengan muka sugul, meneguk seteguk air teh tersebut. Fikiran aku ketika kosong. Seperti tidak tahu apa-apa yang terjadi. Seperti mimpi. Sehinggalah aku merasa seperti sangat berat di kaki ku. Seperti ada beban yang tak mampu aku angkat. Aku cuba bangun. Tapi tak mampu lalu terjatuh kembali. Rasa sakit belum datang mungkin kerana terkejut. 

Aku rasa seperti tiada apa-apa yang berlaku, dengan penuh semangat aku mahu berdiri tapi tak mampu untuk aku angkat kaki. Orang-orang di sekeliling turut membantu aku. 

"kaki..kaki....berat" kata ku dengan bersangkut-sangkut.

Seorang Pak cik, melihat kaki ku.

"bengkak! patah! mungkin patah! nama kamu apa? bapa kamu? ingat tak nombor telefon? sapa yang pak cik boleh telefon?" pinta pakcik tu.

"abah.. abah saya... 012-9....." aku memberi nombor telefon abah aku.
"kita call ambulans, bawak ke hospital" Kata pak cik itu lagi. Suasana masih lagi dalam keadaan cemas. 

Mak cik yang berada di sebelah aku tidak henti-henti menenangkan aku. Dengan izin Allah, belum sempat ambulans di telefon, muncul sebuah ambulans tanpa jururawat yang secara kebetulan melalui kawasan kejadian.

wiwonwiwonwiwon.. Bunyi siren ambulans dibunyikan jelas kedengaran sebaik sahaja aku di masukkan ke dalam van ambulans itu.  Aku  diangkat ke ambulans dibantu oleh orang-orang yang berada di tempat kejadian. Di dalam van ambulans, aku di temani mak cik yang memangku aku tadi. Kemudian aku terus dibawa ke hospital yang berhampiran. Aku dibawa masuk ke unit kecemasan sebaik sahaja tiba di hospital. Aku baru

Memang sah! Kaki kiri ku patah remuk. "open fracture tibia fibula" tahap yang kedua kalau tidak silap ku.




*****Bersambung*****


No comments:

Post a Comment

budak2 baik komen :