Thursday, 19 April 2012

Graduan, masa dan perubahan

Apabila baru tamat belajar, graduan itu akan mempunyai beberapa pilihan bergantung kepada perancangan masing-masing. Graduan biasanya akan mempunyai masa terluang sebelum mendapatkan sesuatu seperti kerja tetap atau tawaran sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Maka, mereka bolehlah mengunakan masa yang ada untuk berfikir secara masak-masak dan berbincang dengan keluarga. Namun ada juga graduan yang bertuah dan murah rezeki, belum pun sempat tamat belajar tetapi telah menerima tawaran bekerja atau sambung belajar. Ini adalah bergantung kepada rezeki masing-masing. *Berdoalah kepada Allah Yang Maha Pemurah.

Semasa menunggu sesuatu peluang sama ada kerja yang tetap atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, rata-rata orang akan memilih sama ada bekerja secara sementara dahulu atau duduk diam-diam berehat di rumah. *sambil-sambil tunggu orang masuk meminang. 

Berehat di rumah adalah susuatu yang sangat seronok rilek kerana tidak perlu menyemakkan akal dan fikiran dengan bebanan kerja setelah penat belajar. *Ini bukan fakta tapi apa yang saya rasa sahaja. Namun bekerja secara sambilan sebenarnya adalah langkah yang baik kerana boleh mendapat pengalaman dan pendapatan.

Mungkin ada di antara kita yang mempunyai beberapa halangan untuk bekerja secara sambilan semasa tempoh menunggu tersebut. Usah gusar dan kecewa, kerana anda juga adalah orang-orang bertuah kerana anda mempunyai masa untuk membuat perubahan pada diri. Anda ada masa untuk mendekatkan diri pada Allah. Anda ada masa untuk melatih skil-skil sebagai suri rumah seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Inilah peluang yang ada untuk belajar bagi yang taktahu dan untuk memantapkan kemahiran bagi yang dah tahu. Jadi, anda boleh menggunakan masa yang ada ini dengan banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah, mungkin tiada pendapatan namun jika sesuatu yang kita lakukan semasa ada masa lapang ini niat kerana Allah, kita dapat ganjaranya iaitu pahala. InyaAllah.


Adakah perubahan sebegini (rujuk gambar) yang sering berlaku kepada semua gadis-gadis yang berehat selepas tamat belajar? *Sabar jelah dan berusaha untuk makan secara sedikit seimbang. 


Biarkan perubahan rohani juga makin mantap biarpun fizikal yang berubah. T_T




p/s : gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)


Sunday, 8 April 2012

FB ooOOo FB

Kemungkinan 99% manusia pada hari ini mempunyai akaun FB. 1% yang tidak mempunyai fb mungkin adalah dari golongan orang-orang tua berumur yang keuzuran, kanak-kanak comel yang baru dilahirkan (mungkin akan membuka akaun fb bila dah besar) serta lain-lain. *Ini adalah pendapat saya sahaja. Bukan hasil kajian. harap maaf :)

Penggunaan fb adalah sangat mudah dan mampu milik kerana ianya percuma dan tidak merumitkan. Pengguna hanya perlu 'sign up' sahaja untuk pertama kali dan seterusnya jika ingin menggunakan pengguna hanya perlu 'log in'. Cukup mudah. Pengguna boleh meng'upload' gambar-gambar untuk tatapan kawan-kawan malah boleh ber 'tag-tag' gambar tersebut kepada kawan-kawan dan orang umum. Selain itu, pengguna juga boleh meng'update'  apa-apa sahaja status di 'wall' nya. Cepat dan efiksyennya. Hanya sekali klik semua orang boleh berkongsi. Ditambah pula butang-butang 'share' dan 'like' berfungsi dengan baik. Ruang komen yang diletakkan cukup untuk para pengguna dan kawan-kawan fbnya  membalas dan berkongsi komen. Tak usah diceritakan bagaimana 'connection' antara pengguna dengan pengguna fb yang lain. Dari kawan kepada kawan hinggakan orang yang tidak dikenali di serata dunia juga boleh menjadi kawan fb kita. Facebook helps you connect and share with people in your life. Boleh ada 'friend' sampai beribu tak cukup dengan itu boleh buat 'fanpage'. Dengan fb juga pengguna boleh bermain 'game'. Boleh buat status 'relationship' dan macam-macam lagi. 

Dengan adanya semua kemudahan  tarikan ini fb berjaya menarik semua peringkat pengguna tidak kira umur atau status. Sungguh, Mark Zuckerbeg ini sangat pintar namun Yang Maha Esa yang menciptakan si pintar ini lagi Maha Bijaksana. 

Namun pengguna fb ini begitu  gila  taksub dengan fb. Sehingga sanggup berjam-jam hanya didepan fb. Melewat-lewatkan sembahyang, menangguhkan kerja yang lebih penting. Malah untuk menjadi 'hot' juga ada pengguna sanggup membuat status gila-gila, meletakkan gambar yang seksi-seksi, menyebarkan fitnah, mengumpat, mengkeji dan macam-macam lagi. Ini amat menyedihkan. Walaupun bukan kita yang melakukan perbuatan ini tetapi  mungkin ada saudara atau kawan-kawan kita yang terpengaruh.  

It's free and always will be. (Perkataan yang ada pada front page fb sebelum log in)

Namun tahukah kita? Atau kita sudah tahu tetapi belum SEDAR? Bahawanya dengan memiliki akaun fb, kita juga boleh membuat dosa dengan FREE 24 jam. Dengan mudah juga kita mendapat dosa and 'always will be' jika kita tak berubah dari sekarang. Berapa banyak perkara keburukan kita yang perlu malaikat Atid catat kerana akaun FB sahaja? Menulis tanpa henti. Bederet-deret. Dosa makin banyak, amal kebaikan memang dah TIADA. Bila ditanya, mana menjadi pilihan syurga atau neraka, ramai yang menjawab SYURGA namun dosa 24 jam tanpa henti. 

Awas dengan yang mempunyai FRIENDLIST yang ramai, mungkin anda adalah antara orang yang mudah menyebarkan sesuatu. Anda letak gambar yang terdedah aurat, gambar yang berpeluk dengan yang bukan muhrim dan macam-macam lagi. Cuba fikirkan, berapa ribu kawan anda yang akan tengok? tak cukup dengan itu, gambar tersebut di 'LIKE' dan di 'SHARE'. Ini akan menyebabkan kawan kepada kawan anda boleh melihatnya lagi maka bertambahlan penonton dan bertambahlah saksi di hari pembicaraa kelak di padang mahsyar. Bagaimana pula jika anda meninggal sebelum akaun fb anda ditutup? sebelum gmbar aurat anda yang terdedah dibuang? Bagaimana keadaan anda di alam kubur nanti? Tak takut siksakah?  Ahh... manusia selagi belum rasa siksa selagi itu tak peduli. Selagi belum mati selagi tu bebas. 

Sesal lah sebelum terlambat. Sebelum malaikat Mikail datang menjemput kita. Penyesalan selepas MATI adalah sangat tidak berguna lagi. Menyesal dan bertaubatlah selagi ada di atas dunia ini. Selagi nyawa dalam jasad. InyaAllah Allah menerima taubat kita. Berubahlah dari sekarang. Ingat lah saudara seagamaku, yakinlah bahawasanya kita ini ada hari pembalasan! 

Beruntunglah kepada mereka yang menyebarkan kebaikan namun rugilah kepada mereka yang menyebarkan sesuatu keburukan. Guna kemudahan yang ada untuk berdakwah itu adalah lebih baik. Fb itu tidak berdosa selagi kita menggunakannya untuk kebaikan. Wallahualam.



p/s :   1. sangat sedih bila melihat gmbar sedara mara atau kawan2 yg terdedah aurat bukan itu sahaja berpegangan tangan dengan yang bukan muhrim. * seperti sangat sosial
         
        2. rasa seperti takut nak tangkap gmbar dgn sape2 sahaja, sebab takut ada yang amik gmbar dan letak dlm fb dan di 'tag' kpd kita. *lau gmbar x terdedah aurat, boleh dipertimbangkan. Ni gmbar terdedah! sakit ati kot~
        
       3. Marilah kawan2 kita kembali kepada ajaran Islam. Kan indahnya jika kita sama2 dapat masuk syurga. Boleh 'reunion' kat sana. InyaAllah. Kita saling ingat-mengingati antara kita. Kita kan manusia je. Kita mudah lupa. Hari ini saya ingatkan awak, esok awak ingatkan saya. Kita saudara seagama. kita sama2 hamba kepada Allah, Tuhan yang satu.

      4. Berubahlah sekarang! Check balik album fb kita satu per satu gmbar, yang kita letak mahupun di tag. Cari yang mana terdedah aurat, kita delete terus. Jangan rasa sbb comel, kita sayang nak dlete. Jaga-jaga juga dengan status yg di update jgn sampai boleh mmbt fitnah dan mnjdi mengumpat. Jgn bt dosa FREE. Kita boleh berubah. Jihad melawan nafsu adalah jihad terbesar. InyaAllah jihad fisabillillah. *Good luck my dears 

      5. Gambar terdedah aurat dah takde, jagalah batas perhubungan kita dengan yg bukan muhrim walaupn dgn kwn fb kita. Jgn bbas bergaul. *chatting yang pelik2 dgn bukan muhrim adalah perlu dielakkan.





Monday, 26 March 2012

Sayang ada, bahagia tiada

Heboh dua tiga kampung tentang hebatnya cinta mereka. Ibaratkan lautan berapi sanggup di rentas, gunung yang tinggi sanggup di daki malah di dasar lautan juga mahu sahaja diselami. Indah percintaan mereka. Ramai yang mengkagumi cinta mereka. Kekuatan cinta mereka dipuji. 


Hari-hari mereka rindu. Cinta mereka sentiasa mekar mewangi. Mereka sedang mabuk. Mabuk cinta! Angau! Gila bayang! Boleh dikatakan, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi juga tak basah. Agaknya beginilah keadaan orang-orang yang tengah hangat bercinta. Kalau tidak berjumpa satu hari, memang tidak sah padahal bergayut tiap-tiap malam sehinggakan berjam-jam. Mesej? Ahh tak usah kata, tiap-tiap saat ada sahaja mesej. Yang hairannya, modal perbualan orang bercinta ini memang tidak habis kah? 


Kalau berjumpa, memboceng motor bersama-sama. Berpegangan tangan tanpa rasa berdosa. Rela sama rela dalam kemaksiatan demi cinta yang utuh.


Pada suatu hari, mereka bergaduh kerana sedikit perasaan cemburu. Si hero sanggup terjun bangunan bagi menghalang Si heroin memutuskan percintaan mereka. 

"Sakit!!!! Ahhh... Ibu.. tolong.. tolong.. tolong" Raung si hero dengan darah yang penuh. 

Umur masih panjang, si hero di tempatkan diwad selama beberapa minggu. Kakinya patah, dan badanya tercedera. Ibunya yang berulang-alik menjaganya. Bagi mengelak dari bertemu dengan keluarga si hero, Si heroin datang secara curi-curi untuk melawat si hero kekasih hati. Si hero tersenyum bila melihat si heroin. Selera yang tiada menjadi ada. Si heroin menyuapkan makanan kepada si hero. Menunjukkan sikap yang ambil berat dan romantik.


Umur baru setahun jagung. Ibubapa mana yang sanggup menerima semua ini? Nasihat disampaikan, namun amarah yang dibalas. Bagi si anak, cinta mereka suci, tiada apa yang boleh memisahkan mereka. Keadaan si heroin yang tiada ciri-ciri menantu yang solehah menyebabkan rasa kurang berkenan di hati keluarga si hero. 


Baru beberapa minggu keluar dari hospital, si hero memohon untuk berkahwin. Dengan kerja yang tidak tetap. Kemampuannya dipersoalkan oleh keluarga. Namun dengan kekuatan cinta, si hero memberanikan diri dengan menjawab YA! kami mampu dan sudah bersedia! 


Hilang kata-kata ibu dan bapa. Sudah nasihat namun gagal. Nak atau tak nak, pernikahan dijalankan bagi mengelakkan zina yang teruk mungkin terjadi. Redha dalam pasrah dengan ketentuan jodoh anak mereka. Menerima dalam keterpaksaan. Anak yang dibela, tegar memilih si dia yang baru dikenali. Di mana silapnya? 


"Ya Allah, bukakan pintu anakku. Berikan taufik dan hidayah kepada mereka. Aku redha Ya Allah dengan ujian ini" doa ibu dalam hati.


Maka, bersatulah satu hubungan yang halal antara si hero dan heroin. Akhirnya, percintaan mereka membawa ke alam pernikahan. Awal perkahwinan, mereka seperti pasangan yang paling romantik. Tinggal berdua di rumah sewa tanpa gangguan. Mereka bahagia kerana mendapat kemenangan cinta mereka. Terbukti cinta mereka kuat.


Panas yang diharap sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Manis yang diharap, rupanya ada pahitnya. Hidup berumahtangga banyak dugaannya. Jiwa muda yang mudah memberontak menyebabkan jika ada silap sedikit pasti membawa kepada pergaduhan. Pantang ada salah yang kecil diperbesarkan. Barang-barang menjadi mangsa. Pintu di tendang, dinding ditumbuk. Sekali sekala ada juga yang terluka diantara mereka.
Bila sejuk, mereka berbaik seperti biasa. Si heroin merajuk, si hero memujuk. Kata orang "sweet" bila dipujuk. Namun bila sudah selalu adegan yang sama, naik jemu juga.


Bila bergaduh, sumpah seranah dilontar. Tidak kira si hero atau si heroin. Sikap sabar tiada dalam diri mereka. Mana perginyanya cintanya yang dulu? Kesabaran yang dulu semasa bercinta? Kalau dulu semasa hangatnya cinta, sama-sama berjanji mencari bahagia bersama. Ingin bersama-sama dalam susah dan senang.
Benarlah, percintaan mereka berakhir dengan perkahwinan! Semuanya telah berubah, sikap manja-manja semasa bercinta telah hilang.


Bila si ibu bertanya, masih ada sayang?. Mereka mejawab ada. Namun tidak tahan dengan hidup begini, mereka tidak bahagia. Selalu sahaja bergaduh dan bergaduh. Sehingga suatu hari pergaduhan besar terjadi dan talak terlafaz. Perkahwinan mereka tidak mampu bertahan. Akhirnya memilih dengan haluan masing-masing. Mereka menangis meratapi perpisahan namun bila sudah terTALAK ianya sudah terlambat.


p/s : Kekuatan cinta yang ada tidak akan sama dengan keberkatan. Bila tiada berkat dari Allah, kebahagian sukar dikecapi. Sanggup sisihkan cinta Allah demi cinta makhluknya. Wajarkah? Dan sanggup mengetepikan nasihat ibubapa juga menyebabkan hidup tidak berkat. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (QS. Al Baqarah :216)

Perkahwinan adalah permulaan cinta bukannya perakhiran sesuatu cinta. Jika kita bernikah kerana Allah, pasti kita akan menerimanya walau apa yang terjadi. Kesabaran dalam sesuatu hubungan adalah penting. Berbekalkan cinta sahaja belum cukup untuk membahagiakan. Seeloknya bercintalah selepas nikah. Nantikah jodoh dari Allah iaitu jodoh yang kita tidak tahu siapa pun. Lalu kita istikharah memohon petunjuk dari Allah lalu, Allah kurniakan petunjuk maka kita pun meminang. Dan yang dipinang juga memohon petunjuk dari Allah dengan istikharah selepas dipinang, maka jika mendapat petunjuk positif dengan yakin terima pinangan tersebut. Dan langsung bernikah. Bermulalah percintaan yang halal. InyaAllah. Sweet dan halal~ 

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

# jom jadi baik agar dapat yang baik2 #
# kuatkan iman agar mampu hadapi hari2 mendatang #
# berdoalah kepada Allah #
# Lebihkan cinta kepad Pecipta Yang Esa dr yang dicipta #

" Ya Allah, berikan kami seseorang yang menyerahkan cintanya kepada Mu. Yang mecintai kami keranaMu dan yang boleh membawa kami mencintaiMu jua serta kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah"