Sunday, 26 August 2012

Zuhudkah kita?




Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya
Dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,
kerana itulah hatiku selalu tenang"
"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat
ditunaikan orang lain,
kerana itulah aku sibuk mengerjakannya"
"Aku tahu ALLAH mengawasiku,
kerana itulah aku selalu merasa malu bila
Dia melihatku dalam keadaan maksiat"
"Aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal 
untuk pertemuanku dengan ALLAH"


Dan...bagaimana pula kita?

Kita terima rezeki, tapi kita cakap "ini je?"

beramal? kita kata, "orang lain x bagi kita makan, kita kena sibuk cari duit..muda2 kita sibuk kumpul harta nanti kita tua, kita beramal la"

Kita tahu Allah Maha Melihat, tapi tanpa malu kita kata, "Ala.. xpe sekali ni je, pasni tak buat lagi"

"Dan kita lebih risaukan pertemuan dengan jodoh yang belum pasti kita temui. Kita jarang ingat tentang kematian yang sudah pastinya kita temui" 

"Kejahilan dalam kemodenan kah kita?"

Sangat takut, jika kita terus hanyut.. lemas lalu mati dalam kejahilan.. Nauzubillahminzalik



"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
guru-gur kami, dan kaum muslimin & muslimat,
bukakan pintu hati kami,
terimalah taubat kami dan 
jangan biarkan kami jauh tersimpang,
jika kami lalai dan alpa, kejutkanlah kami dengan ujian-ujianMu,
kuatkan hati kami dalam melalui liku-liku kehidupan,
bantu kami dalam mencari bekal untuk kehidupan disana"

Tuesday, 14 August 2012

Senyum!

Senyum, Senyuman, Tersenyum? Tidak kira yang mana satu, samaada senyum, senyuman dan tersenyum, ia tetap menghasilkan bentuk yang sama. Segaris bentuk yang sedikit melengkung yang dibuat oleh bibir mulut kita dan kadang-kadang menampakkan barisan gigi. :)

 Senyumlah.. Senyumlah.. senyumlah.... ahaaaaaaaaaaaaaaaoiiiiiiiiii cek mek molek~  

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Senyuman itu perlu lebih-lebih jika kerja kita banyak berurusan dengan orang seperti doktor, nurse, penjaga kaunter dan sebagainya. Walaupun senyuman ini adalah ringan dan mudah dilakukan, kita janganlah memandang remeh terhadap perkara ini. Kadang-kadang dengan senyuman, ianya memberi seribu makna. Mungkin ada ketikanya kita tidak mampu untuk tersenyum terutamanya ketika sedang marah dan sedih. Namun, cubalah tersenyum, biarpun berat di hati. Cubalah untuk ringan bibir mengukir senyuman yang indah!
Percayalah, dengan senyuman, ia mampu menghiasi wajah kita. Memaniskan lagi raut wajah saudara-saudari yang hensem-hensem dan cantik-cantik belaka. Senyum juga adalah awet muda. Jadi, belajarlah untuk selalu tersenyum bukan dengan orang yang kita kenal sahaja tetapi dengan semua orang. 
Sebenarnya, senyuman ini juga ada beberapa jenis senyuman. Jauhi daripada senyuman-senyuman jenis yang menyakitkan hati seperti senyuman memerli, sinis, menggoda dan seangkatan dengannya. Apapun yang kita lakukan, perbetulkan niat kita. Niat senyuman kita juga perlu betul.
***************************

Saya percaya ramai orang suka melihat orang tersenyum dari mencuka. Jadi, teruskan bersenyum sampai lenguh! <--------------melampau


Saya sendiri pun, lebih selesa untuk berbicara dengan orang yang memulakan dengan senyuman berbanding dengan orang yang bermasam muka. Kadang-kadang nak tanya benda pun takut dengan orang yang bermasam muka ni. Tak salah jika dalam 1 hari kita berjumpa 10 kali, 10 kali juga kita lemparkan senyuman. kan?

Ayuh, kita bersedekah biarpun dengan hanya sebaris senyuman. Tak perlu kata apa-apa, Senyum!



Senyumlah selalu,
kurangkan manis pada pemakanan, 
lebihkan manis pada senyuman,
 dan rasakan manis pada keimanan..
"Ya Allah, berkati kami"

Thursday, 12 July 2012

Ujian Penguat Jiwa!

Assalamualaikum w.b.t

Dalam perjalanan sebuah kehidupan sebagai manusia adalah agak mustahil jika dia hanya melalui kisah 'bahagia' atau 'suka' sahaja. Sudah namanya pun kehidupan, jadi macam-macam kisah kita sudah dan akan lalui dalam seharian di atas dunia yang fana ini. Dan kadang-kadang kita akan pernah rasa 'eh, macam pernah jadi je macam ni kat aku'. Dan kadang-kadang juga kita akan rasa seperti sukar nak lalui liku-liku kehidupan ini terutamanya ketika saat-saat yang amat pahit!  

Umpama berjalan di jalan yang penuh dengan onak duri. Jika terus berjalan, kesakitan akan dirasai namun bahagia di hadapan, dan jika berundur bererti tewas serta bakal menangis penyesalan untuk selamanya!  

Hidup ini kadang-kadang tidak seperti yang kita rancang kerana Allah sudah rancangkan untuk kita. Dan yakinlah perancangan dan ketentuan Allah itu adalah terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.

Semua ini adalah ujian untuk kita. Allah akan hadiahkan syurga buat kita jika kita mampu lalui ujian ini. Inilah 'happy ending' hidup kita yang kita mahu. Saya percaya dan amat yakin sekali semua orang ingin ke syurga. Untuk itu, haruslah kita bersabar dalam menempuh hidup ini walau sesukar mana jalan yang kita akan tempuh. Walau sepahit mana pengalaman yang kita akan lalui. Walaupun berapa kali kita jatuh, kita harus bangun untuk bangkit! untuk mencapai kemenangan. Dan kita amat bertuah, di setiap langkah kita, Allah sentiasa ada dengan kita walaupun kita sering tiada untukNya.

Kita adalah hero/heroin dalam perjalanan hidup kita sendiri. Maka, kitalah yang harus menjadikan 'happy ending' kisah hidup kita. Walau kisah hidup kita tidak seindah cerita novel atau drama, itu semua adalah tidak penting kerana 'ending' adalah lebih penting. Kerana itu destinasi terakhir yang ingin kita tuju. InyaAllah syurga. Maksudnya disini, kita harus berusaha untuk menuju syurga. Moga kita bertemu disana. InyaAllah.

Kita seharusnya ingat, ujian itu penguat jiwa bukan penekan jiwa. Ya, kadang-kadang kita rasa seperti tidak mampu, tapi jika yakin dengan Allah, semuanya akan jadi senang. Letakkan keyakinan kita pada Allah dan hadapi dengan senyuman! Allah tidak akan menganiayai hamba-hambaNya. Jangan ingat ujian yang kita hadapi ini adalah yang paling berat. Jika kita ini rendah, ada lagi yang paling rendah dari kita, jika kita ini tinggi, ada lagi yang lebih tinggi dari kita. 



Buat teman-teman yang sedang diuji, ku hadiahkan lagu ini buat kamu. Be strong!




"Ya Allah Ya Tuhan kami, 
Jika ini ujian yang kau berikan untuk kami,
maka kuatkan lah hati kami untuk menerimanya,
redhakan kami agar kami ikhlas menghadapinya,
Dan teguhkan iman kami agar hati kami tidak berpaling  dari Mu,
Ampunkan dosa-dosa kami"