Saturday, 22 September 2012

kita pasti berjodoh

Satu lagi hari bakal melabuhkan tirai. Sungguh cepat masa berlalu. Bagaikan semalam semuanya terjadi. Seperti baru sahaja semalam aku bermain tali getah bersama kawan-kawan di kampung. Ahh... rupanya kini aku sudah menjangkau ke alam dewasa. Fasa perubahan terus berlaku. Sedar atau tidak, makin hari makin dekat kita dengan jodoh yang bernama AJAL. Hakikatnya, manusia kini lebih gusar untuk memikirkan jodoh yang belum pasti berbanding dengan 'jodoh' yang benar-benar pasti akan terjadi kepada setiap penghuni bumi. 

AJAL atau lebih 'famous' dengan KEMATIAN paling digeruni dan ditakuti oleh makhluk Allah yang bergelar manusia. Tapi malangnya walaupun paling ditakuti, ianya juga paling kerap dilupakan oleh manusia. Seperti juga aku. Aku sering merancang tentang hari esok tanpa memikir adakah esok milik aku lagi? Bertapa diri ini jahil. Hinanya aku.

Bagaimana malang itu tidak berbau, mati juga tidak berbau. Tarikh kematian adalah rahsia Allah. Tempat dan bagaimana juga kita tidak tahu. Hari ini kita sedang leka dengan segala jenis hiburan yang diciptakan oleh kita sendiri, esok mungkin kita dijemput ajal. Siapa tahu? Yang sakit itu belum tentu akan pergi dulu sebelum kita. Lihat sahaja di sekeliling kita, yang sihat-sihat tiba-tiba sahaja dijemput Illahi.  Bagaimana kita dengan penuh gah dan yakin bahawa kita bisa lagi bernafas untuk esok hari? Yang muda-muda jangan pernah fikir, kita masih muda maka kita masih lambat dengan kematian. Jangan sekali-kali berasa begitu. Tengok sahaja kawan-kawan kita yang muda-muda. Ada yang telah pergi meninggalkan kita.  Esok mungkin ada tetapi belum tentu untuk kita. Selepas tercabutnya nyawa dari jasad maka terputuslah segala amalan anak Adam melainkan 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan sedekah jariah. Sudah cukupkan bekalan kita? Yakin kah kita mampu tersenyum apabila bertemu dengan Izrail, Pecabut Nyawa? Dan tahukah kita Izrail selalu melawat kita 70 kali sehari? Kita terlalu asyik dengan dunia semata. Padahal di dunia adalah hanyalah tempat persinggahan sahaja. Hanya singgah! perkataan singgah cukup untuk menggambarkan bahawa 'sekejap sahaja'. Ya, hidup kita di dunia hanya sementara. 

Berbicara tentang mati aku jadi takut. Takut sangat. Ada debaran dalam dada. Bagaimana kehidupan kita setelah kematian? Berbahagiakah kita di alam kubur? Bagaimana pula pada hari dimana segala amalan ditimbang? Bagaimana kesudahan perjalanan hidup kita? Sedangkan hidup kita di dunia hanyalah semata untuk dunia. Bekalan kita untuk di sana tiada! 

Terkena percikan minyak panas, kita sudah sakit. Itu baru percikan minyak panas yang kecil dan belum lagi api. Dan itu masih lagi belum api Neraka yang berganda-ganda lagi panas daripada api kat dunia ini. Nauzibillah min zalik. Mintak-mintak kita bukan antara yang meramaikan ahli neraka.

Sebagaimana aku tidak ingin, aku percaya ramai lagi kat luar sana yang sama dengan aku  yang mana tidak ingin menjadi ahli neraka. Berasa 'tidak ingin' sahaja belum cukup untuk selamatkan diri kita daripada api neraka. Maka, aku seru, bermula hari ini marilah kita sama-sama memperbaiki diri kearah kebaikan dan persiapkan diri untuk menghadapi kematian. Jangan pernah rasa cukup dengan amalan kita yang sebelum ini. Perbanyakkan taubat dan doa. Biar lah akhir kata kita dengan kalimah suci "la ila hailla Allah Muhammad Rasullullah". Akhir hidup kita husnul khotimah. Marilah kita sama-sama mengumpul bekalan untuk kehidupan disana. Yang pasti, di sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Rebutlah untuk mengejar cinta Allah Yang Hakiki. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam berkat dan redhaNya serta dalam lindungan di bawah naunganNya. Moga kita bisa bertemu di Syurga duhai teman-teman. Wallahualam.


sumber : google


"Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
guru-guru kami,  serta kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, jangan pesongkan hati kami,
tetapkan hati kami pada jalanMu
Sungguh, kami sesat tanpaMu, 
terimalah amalan kami,
bawalah kami ke JannahMu Ya Allah Ya Tuhan kami"

Friday, 14 September 2012

Rindu Ap'pa Am'ma

Ya Allah, jika kehadiran rindu ini untuk mengajar kekuatan, maka tabahkan hati kami untuk terus merindui. merindui.. dan merindui...

Sungguh, kadang-kadang hati ini tidak tertahan menanggung beban rindu lagi. Kadang-kadang terasa sakit di benak hati kerana rindu. Rindu!

Kadang-kadang air mata mengalir untuk ringankan beban hati yang menanggung rindu. Jika benar air mata yang mengalir ini membawa pergi rasa beban, maka ku akan relakan ianya mengalir laju! Biar hati ini tenang di sini.

Ohh.. jika mampu ku sampaikan rindu melalui angin akan sentiasa ku tiupkan angin. Tiap kali angin menyapa menyentuh kulit kalian, itulah rindu yang aku kirimkan. Biarkan mereka di kampung dapat merasakan bertapa aku rindu mereka.

Demi menggapai cita-cita terpaksa melalui liku-liku tanpa kalian di sisi. Walaupun kadang-kadang rasa ingin tertewas dengan diri sendiri kami akan cuba bangkit. Harapan kalian adalah pembakar semangat. Kasih sayang kalian adalah pengubat. Doa kalian penguat daku disini. Terima kasih kalian.

Kalian is : MYFAMILY
<LOVE KALIAN>

Sunday, 26 August 2012

Zuhudkah kita?




Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya
Dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,
kerana itulah hatiku selalu tenang"
"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat
ditunaikan orang lain,
kerana itulah aku sibuk mengerjakannya"
"Aku tahu ALLAH mengawasiku,
kerana itulah aku selalu merasa malu bila
Dia melihatku dalam keadaan maksiat"
"Aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal 
untuk pertemuanku dengan ALLAH"


Dan...bagaimana pula kita?

Kita terima rezeki, tapi kita cakap "ini je?"

beramal? kita kata, "orang lain x bagi kita makan, kita kena sibuk cari duit..muda2 kita sibuk kumpul harta nanti kita tua, kita beramal la"

Kita tahu Allah Maha Melihat, tapi tanpa malu kita kata, "Ala.. xpe sekali ni je, pasni tak buat lagi"

"Dan kita lebih risaukan pertemuan dengan jodoh yang belum pasti kita temui. Kita jarang ingat tentang kematian yang sudah pastinya kita temui" 

"Kejahilan dalam kemodenan kah kita?"

Sangat takut, jika kita terus hanyut.. lemas lalu mati dalam kejahilan.. Nauzubillahminzalik



"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
guru-gur kami, dan kaum muslimin & muslimat,
bukakan pintu hati kami,
terimalah taubat kami dan 
jangan biarkan kami jauh tersimpang,
jika kami lalai dan alpa, kejutkanlah kami dengan ujian-ujianMu,
kuatkan hati kami dalam melalui liku-liku kehidupan,
bantu kami dalam mencari bekal untuk kehidupan disana"