Sunday 12 February 2012

jihad

dalam jalan yang berliku
aku temui ranjau yg berduri..
seketikanya aku mula buntu..
berundur bererti aku menyerah diri...

sejenaknya aku terpaku..
makin lama masa berlalu..
waktu makin suntuk buat ku..
ingin memilih aku tidak tahu..

mana perginya keyakinan?
jangan biarkan semangat hilang..
jangan hanya berjihad di sekerat jalan
walau ada yang menghalang...

mana yang lebih baik..
bahagia di dunia atau di sana kelak..
biar sekarang kita bersakit-sakit..
jangan merana di akhirat..

ku seru buat teman-teman..
jangan ingin ke syurga hanya angan-angan
mari lah sama-sama kita bergandingan
menjadi penolong agama yang diredhakan..

usah terpaku..
jangan termangu..
biar pedih harus dilalu..
demi agama aku dan kamu...

setiap yang hidup pasti mati..
akan dihidupkan kembali setelah mati..
setiap perkara akan diadili..
hukuman yang setimpa akan diberii..

itu bukan ujian lagi..
ia hukuman setelah kalah diuji..
sakit di dunia sudah tak terperi..
ini kan pula siksa di kemudian hari...

usah banyak ketawa..
menangislah kerana takut Allah yang berkuasa..
kejarlah akhirat demi kebahagiaan kita..
yang kekal hanya kehidupan disana...

- JIHAD FISABILILLAH-

No comments:

Post a Comment

budak2 baik komen :