Saturday 4 February 2012

perkahwinan idaman


Hari ini aku melihat sidia yang soleh bertemu dengan si dia yang solehah. Aku rasakan cukup indah majlis perkahwinan mereka. Usai sahaja diijabkabulkan mereka bersembahyang sunat tanda syukur kepada Allah. Mereka berjemaah buat pertama kalinya. Aku rasakan itu amat romantis sekali. Usai sahaja mengaminkan doa yang terakhir, mereka bersalaman. Mereka bersentuhan tangan buat pertama kalinya juga, boleh juga dikatakan 'pembatalan air sembahyang' antara pengantin baru. Aku begitu teruja melihat pasangan itu. Aku tersenyum sendirian melihat si isteru yang terketar saat ingin  menghulur tangan untuk menyalami si suami. Rupa-rupanya bukan aku seorang yang tersenyum tetapi saudara mara yang hadir juga turut tergelak melihat karenah mereka berdua. Maklum sahaja belum pernah tangan lembut itu bersentuhan dengan tangan-tangan yang bukan mahramnya. Tambahab pula, mereka berdua tidak pernah bercinta cintun. Aku dapat bayangkan mereka pasti bedebaran! Ouhh..bibir aku masih lagi tersenyum melihat mereka. Ishh..bukan niatku memerli mereka ya.. aku cuma fikir, itu 'sweet' sangat ye! 

Majlis mereka cukup 'simple' tetapi bagi ku cukup meriah. Si isteri itu tanpa secalit alat solek sudah cukup untuk membukti kecantikkan yang semulajadi. Si suami pula  bersamping dan bersongkok itu juga tidak kurang hebatnya. Merka memang secocok sekali. Yang soleh bertemu yang solehah. Aku yakin dengan janji Allah kepada hambanya.

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik" (An-nur : 26)

Dihujung sudut, aku perhatikan pakaian pasangan baru itu, si isteri  memakai warna 'brown' yang lembut, tidak ketat dan tidak berlabuci yang terlalu 'meriah' dan 'menyilau' dan mengenakan tudung labuh serta di letakkan sehelai selendang di atasnya namun tetap cantik di mataku. Kelihatan sungguh ayu. Pakaian mereka sedondong. Ah..cantik sekali. Aku pinta moga barakah yang mereka perolehi.

Meraka kemudianya menyalami mertua masing-masing. Di atas masjid itu tidak ramai yang datang hanya sanak saudara yang terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja. Meraka kemudianya menuruni anak tangga menjemput tetapi ke rumah pengantin perempuan. Aku laju sahaja mengikuti tetapi masih lagi mengawal 'keayuan' ku. kot-kot ada yang tersangkut (aku yang sedikit miang-miang keladi)

Dekat sahaja rumah pengantin. Hanya beberapa langkah perjalanang sahaja dari masjid. Aku mencari pelamin yang gah di hadapan rumah tetapi tiada. Di halaman rumahnya aku lihat hanya empat buah kanopi yang dibahagikan dua untuk tamu laki-laki dan dua lagi untuk tamu perempuan. Ku mencari lagi pelamin ke dalam rumahnya, nampaknya tiada. Yang ada hanya bilik tidur yang dihiasi indah. Wah.. tiada pelamin. Aku kagum sangat. Ini betul-betul bersederhana. Bersederhana itukan dituntut oleh agama kita kan?

Mesra sungguh layanan ahli keluarga mereka. Melayan tetamu tanpa lelah. Ramah seperti sudah lama kenal. Mempelai duduk di atas katil, si suami ingin menyarungkan cincin. Si isteri tunduk masih malu-malu. Tangan yang dihulur, di tarik kembali. Masih segan! Gelak ketawa kedeangaran sanak saudara yang menyaksikan. Pasti ada rasa gemuruh didalam jiwa mempelai. Si suami mula merah muka, si isteru tunduk malu. Akhirnya cincin tersarung indah di jari manis, tanda bermulanya cinta yang halal. Yang menonton tersenyum senang. Aku juga tersenyum sipu-sipu. Aku lihat ada yang mengusik-usik mereka. Tambah merah lah muka kedua-dua mempelai.

Tiada photoshop gaya yang beraksi, cukup sekadar mengambil yang biasa-biasa untuk kenangan. Aku begitu suka dengan cara mereka. Sederhana tetapi sempurna.

Hari ini, bermulalah cinta halal meraka. Pasti hari esok, cinta mereka makin mekar mewangi. Yang penting semuanya halal untuk mereka. Bercinta lah meraka. Aku suka dengan ungkapan ini, 'perkahwinan bukanlah penamat bagi kisah cinta, tetapi yang sebenarnya perkahwinan adalah permulaan sesebuah cinta'. Aku pasti si isteri akan mengiyakan kata-kata indah dari penulis terkenal, Fatimah Syarha Mohd Nordin, 'si suami' nya lah pemilik cinta setelah Allah dan Rasul. Selamat hadir cinta!

Subhanallah. Cukup 'sweet' perkahwinan mereka, di tambah pula dengan setiap tetamu yang hadir diberikan sekeping kad yang mengandungi doa untuk keberkatan perkahwinan mereka.Seperti dalam buku, pemilik cinta setelah Allah dan Rasul yang pernah aku baca. Menurut penulis, memberikan doa seperti ini adalah lebih baik kerana mereka yang hadir boleh mendoakan untuk perkahwinan kita. Moga sentiasa mendapat berkat Allah wahai pengantin baru. Cara pernikahan kalian menjadikan contoh buatku. Aku inginkan perkahwinan yang sebegini juga. 

Oh.. hati nakal aku ini bertanya, mengapa yang soleh itu sudah menjadi milik yang lain. Aku jumpa yang soleh, tapi sudah dimiliki. Ada lagikah yang soleh untuk aku? Aku mengidamkan yang soleh untuk memimpin aku ke syurga firdausi. Atau mungkin aku belum cukup baik untuk melayakkan diri untuk laki-laki yang baik. Ya Allah, berikan hambamu ini seorang suami yang soleh, yang mencintai Mu lebih dari segalanya dan juga yang mencintaiku keran cintanya kepada Mu ya Rabb.."


No comments:

Post a Comment

budak2 baik komen :